KINABATANGAN: Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.
Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mempertimbangkan perkara itu sedalam-dalamnya sebelum keputusan dibuat bagi melantik Timbalan Perdana Menteri bagi mewakili Sabah dan Sarawak.
"Apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, seorang Timbalan Perdana Menteri yang mewakili Sabah dan Sarawak dan pelantikan Datuk Seri Fadillah bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi sebenarnya portfolio yang diberikan kepada beliau adalah untuk mengkordinasikan semua program untuk Sabah dan juga Sarawak.
"Jadi ini adalah suatu perkara yang telah difikirkan semasak-masaknya oleh Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sentuhan Kasih Desa Sukau, Kinabatangan dan Keusahawanan Luar Bandar 2024 di Dataran Tamu di Sukau di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan pihak tertentu yang mahu pelantikan membabitkan jawatan Timbalan Perdana Menteri datang dari Sabah.
Ditanya lanjut adakah jawatan itu perlu diwujudkan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meminta tunggu Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan terlebih dahulu.
"Kita tunggulah PRU yang 16 nanti," katanya ringkas.
Sementara itu, ditanya agenda mesyuarat UMNO yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada malam Khamis, beliau yang juga Presiden UMNO memaklumkan ada pelbagai isu akan disentuh termasuk soal Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
"Tiap kali saya turun ke Sabah, pasti akan mengadakan mesyuarat langsung dan mesyuarat tidak langsung dengan kepimpinan UMO Sabah.
"Ianya meliputi banyak isu dan mungkin soal pilihan raya ini sama ada akan diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan tetap akan kita sentuh untuk kita bincangkan," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 09 2024
!['Jawatan TPM dari Sabah, kita tunggu PRU16 nanti' - Ahmad Zahid 'Jawatan TPM dari Sabah, kita tunggu PRU16 nanti' - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715242333_AhmadZahidjpg.jpg)
Ahmad Zahid ketika hadir pada Majlis Perasmian Sentuhan Kasih Desa Sukau, Kinabatangan dan Keusahawanan Luar Bandar 2024 di Dataran Tamu, Sukau. - Foto Sinar Harian
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722052200_tbucapantakziah.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.
![PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera - Ahmad Zahid PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721987259_ZahidHamidi.jpg)
PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
![Badan Peguam fail notis rayuan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid Badan Peguam fail notis rayuan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721811428_tbZahidHamidi.jpg)
Badan Peguam fail notis rayuan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid
Badan Peguam memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara.
![Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721558695_AhmadZahid.jpg)
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.
![RM1 juta bina semula jambatan gantung di Penampang, Tuaran RM1 juta bina semula jambatan gantung di Penampang, Tuaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721393866_AhmadZahidHamidi.jpg)
RM1 juta bina semula jambatan gantung di Penampang, Tuaran
Keputusan itu diambil selepas melihat kepada keperluan yang mendesak, memandangkan laluan perhubungan itu amat penting kepada masyarakat setempat di kedua-dua daerah berkenaan.
![Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721449541_ChongSinWoon.jpg)
Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.
![Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 9.48 juta setakat Mei - Ahmad Zahid Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 9.48 juta setakat Mei - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721432030_AhmadZahidHamidi.jpg)
Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 9.48 juta setakat Mei - Ahmad Zahid
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyasarkan kehadiran 27.3 juta pelancong antarabangsa dengan pendapatan RM102.7 bilion tahun ini.
![Segmentasi sektor pelancongan dilakukan, tarik pelancong berkualiti - Ahmad Zahid Segmentasi sektor pelancongan dilakukan, tarik pelancong berkualiti - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721393866_AhmadZahidHamidi.jpg)
Segmentasi sektor pelancongan dilakukan, tarik pelancong berkualiti - Ahmad Zahid
Segmentasi sektor pelancongan akan dibahagikan kepada pasaran sedia ada dan pasaran-pasaran baharu.
![Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721372036_mashup.jpg)
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
![Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721292793_ZahidHamidi.jpg)
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera pada minggu hadapan.