awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah Menteri: Pas tidak meminta, cuma mahu yang berintegriti - Hadi Awang

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/03/2020
05:38 MYT
Jemaah Menteri: Pas tidak meminta, cuma mahu yang berintegriti - Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam melantik Kabinetnya. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pas tidak menetapkan sebarang syarat mahupun permintaan dalam proses pembentukan Jemaah Menteri.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam melantik Kabinetnya.
Namun, beliau mahu mereka yang dilantik terdiri daripada mereka yang berintegriti.
"Saya menyatakan pandangan supaya individu yang dilantik untuk menganggotai Jemaah Menteri adalah terdiri daripada kalangan yang berintegriti, berkelayakan dan berkemahiran serta mewakili masyarakat majmuk.
"Saya turut menyarankan supaya dilibatkan kalangan profesional untuk membantu Kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat serta diwujudkan fungsi Hisbah (ombudsmen) dalam pentadbiran.
"Saya menegaskan Pas menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk membentuk Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini, tanpa sebarang syarat dan permintaan," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Beliau pada masa sama turut menghargai jemputan Perdana Menteri untuk pihaknya memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu.
Pas tidak menetapkan sebarang syarat mahupun permintaan dalam proses pembentukan Jemaah Menteri.
Pas tidak menetapkan sebarang syarat mahupun permintaan dalam proses pembentukan Jemaah Menteri.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#anggota Kabinet
#jemaah menteri
#Kabinet Muhyiddin
#kerajaan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan