awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepak Memilih: PBB janji kemenangan besar

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
15/10/2023
08:32 MYT
Jepak Memilih: PBB janji kemenangan besar
Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom (kiri) menyerahkan usul Konvensyen PBB Zon Utaraepada Tan Sri Abang Johari Tun Openg - Astro AWANI
BINTULU: Konvensyen Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Zon Utara memberi kepercayaan dan sepenuh sokongan kepada Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memilih calon daripada parti itu dalam Pilihan Raya Kecil N.67 Jepak.
Dalam usul yang dibacakan Naib Presiden Kanan parti itu, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, konvensyen berikirar kepada Presiden PBB itu untuk memberikan kemenangan besar dalam pilihan raya itu kelak.
“Kami akan berkerjasama dengan komponen parti GPS (Gabungan Parti Sarawak) untuk memastikan kemenangan besar GPS dalam Pilihan Raya Kecil N.67 Jepak,” tegasnya.
Kerusi DUN N.67 Jepak kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu.
Talib merupakan pemegang kerusi itu untuk enam penggal sejak kerusi itu diperkenalkan pada 1996.
Usul lain daripada 11 usul yang dibentangkan termasuklah menyokong penuh inisiatif Kerajaan Sarawak untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu.
Pengambilalihan pelabuhan tersebut tegasnya, adalah sebagai usaha merasionalkan pelabuhan Sarawak serta infrastrukturnya demi pembangunan ekonomi yang lebih teratur dan rancak pada masa hadapan.
“ Dua kali sudah saya dengar, semasa 16 September, YAB Perdana Menteri sebut masih berunding. Masa membentangkan bajet semalam (juga) masih berunding.
“ Kita tidak mahu berunding lagi. Kita nak laksanakan supaya ini (pengambilalihan ini) dapat pergi seperti yang kita mahu. Kita mahu ambil alih Pelabuhan Bintulu,” tambahnya diiringi sorakan padu daripada ahli-ahli parti.
Usul tersebut kemudian diserahkan kepada Abang Johari untuk tindakan susulan.
Topic Berkaitan
#pilihan raya kecil
#Sarawak
#Jepak
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan