awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika tunggang agama, mengapa ramai sertai Pas - Idris Ahmad

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2023
01:48 MYT
Jika tunggang agama, mengapa ramai sertai Pas - Idris Ahmad
Idris berkata, dasar Pas sejak 1951 ialah berasaskan Islam dan ia jelas tertera dalam Perlembagaan parti. - Gambar fail
SHAH ALAM: Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad tampil mengemukakan beberapa hujah menangkis tohmahan dan dakwaan bahawa parti tersebut menunggang agama.
Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Ahli Parlimen Bagan Serai itu memberikan contoh pihak atau individu yang memperalatkan agama ialah mereka yang meletakkan sesuatu perkara halal sebagai haram dan begitu juga sebaliknya.
“Kedua, tunggang agama ini ialah dalam satu masa kamu boleh bercakap tentang Islam dan dalam masa yang lain pula berfoya-foya, bersalam dan menari dengan wanita. Itu dikatakan peralatkan agama.
“Atau kamu bersama ulama dan masa lain tidak di mana menyokong perjuangan lain, maka itu dikatakan peralatkan agama atau tunggang agama,” katanya pada Selasa.
Jelas beliau, dasar Pas sejak 1951 ialah berasaskan Islam dan ia jelas tertera dalam Perlembagaan parti.
“Itu dasar yang ada kepada kita walaupun kepimpinan bertukar, ada yang cabut lari dan sebagainya, dasar tidak pernah berubah.
“Soal pendekatan politik ini ialah strategi dan boleh berubah tetapi prinsip tidak pernah berubah. Jika strategi bertengangan dengan agama, maka kita perlu korbankannya tetapi tetap berpegang kepada prinsip agama,” katanya.
Dalam pada itu Idris menyatakan bahawa sebarang dasar dalam parti dikawal oleh Majlis Syura Ulama Pas dan ia tidak boleh dilaksanakan secara semberono.
“Walaupun Ahli Majlis Syura bukan dalam kalangan mujtahid mutlak tetapi melalui kaedah kolektif bagi satu keputusan sama ada boleh atau tidak.
“Jika perkara itu dilihat untung daripada politik tetapi tidak daripada sudut agama, kita tinggalkan.
“Maka, sebab itulah kalau ada yang kata Pas tunggang agama alhamdulillah, majoriti orang yang ada latar belakang agama walaupun bukan berpendidikan agama tetapi faham, mereka akan sokong perjuangan kita,” ujar beliau.
Tambahnya lagi, agak mustahil sekiranya Pas menunggang agama tetapi menerima penyertaan hampir 3,000 orang setiap bulan.
Beliau turut memaklumkan akan memberikan ulasan berkenaan kenyataan Pas dahulu boleh bersama DAP tetapi kini pada video akan datang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tunggang agama
#PAS
#Idris Ahmad
#kepimpinan ulama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan