awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johari Abdul Ghani dilantik Bendahari Agung BN

Sinar Harian
Sinar Harian
28/04/2023
09:00 MYT
Johari Abdul Ghani dilantik Bendahari Agung BN
Siaran media. Johari Abdul Ghani (kanan). -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) melantik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung parti itu bagi menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Pelantikan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.
Menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, pelantikan tersebut berdasarkan fasal 8.3.(E) Perlembagaan BN.
"Selain itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi turut dilantik sebagai wakil sayap-sayap berkenaan dalam BN.
Turut dilantik pengganti wakil UMNO dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke Dewan Tertinggi iaitu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Penerangan PBRS, Datuk Fredie Sua," katanya dalam satu kenyataan.
Mesyuarat juga mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Penyelaras Negeri serta bahagian.
Dewan Tertinggi BN bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 14 Mei depan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JOHARI ABDUL GHANI
#Hishammuddin Hussein
#Bendahari Agung
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan