Jalinan Rakyat (JR) Plus yang dilancarkan semalam merupakan satu langkah agresif parti untuk memantap lagi jentera Barisan Nasional (BN) dan khususnya dalam menghadapi waktu-waktu kecederaan sebelum tiba Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata langkah itu membolehkan semua parti komponen BN termasuk MIC, MCA, dan Gerakan menjalankan usaha lebih berfokus serta bersepadu dalam mendekati pengundi di kawasan masing-masing bagi memastikan kejayaan besar parti pada PRU nanti.
"JR ini biasanya dilakukan oleh wanita, namun realiti dalam politik pada hari ini kita dalam masyakarat mempunyai banyak segmen-segmen berbeza yang perlu dittangani dan didekati seperti golongan muda, wanita dan puteri.
"Sebab itu di peringkat jawatankuasa tertinggi parti telah memutuskan kita perlu ada nilai tambah untuk mengenal pasti pengundi dengan lebih dekat dan secara bersasar bukannya seperti dahulu menaikkan kain rentang sudah cukup untuk menarik mereka mengundi parti.
"Misalnya, Pemuda lakukan program yang boleh menarik dan selesaikan masalah golongan belia, Puteri pula dengan caranya tersendiri, sebab kita nak pastikan dalam waktu kecederaan seperti ini kita lebih kenal siapa pengundi kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 Sime Darby Walk di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Presiden dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Seramai 6,500 orang menyertai program berjalan sejauh 3.8 kilometer itu sekitar bandar Temerloh yang diadakan bertujuan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.
Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.
Sharkar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelancaran JR Plus oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam yang julung kali diadakan dengan menggabungkan semua kekuatan tiga jentera sayap komponen BN.
Sementara itu, Sharkar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata, BN dan UMNO Pahang sendiri telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya dengan melakukan gerak kerja turun padang mendekati pengundi untuk merasai denyut nadi rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2017
Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ragbi: Malaysia muncul juara Kejohanan SEA 7s 2024
Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan bertanding di kubu kuat parti, Uttar Pradesh
Rahul menghantar borang pencalonan untuk Raebareli pada Jumaat yang dihadiri ibunya Sonia Gandhi dan Presiden Parti Kongres Mallikarjun Kharge.
Azizulhasni raih motivasi hadapi minggu mencabar di Jepun
Azizulhasni menang dua pingat emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada perlumbaan Siri Trek ASEAN di Velodrom Nasional.
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.
Tumpuan Sabtu - 04 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.