JUMUDKAH mereka apabila sejumlah 39,197 perwakilan memilih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi pemimpin kelapan untuk mengepalai UMNO?
Adakah sudah tersilap langkah, apabila sejumlah 99 daripada keseluruhan 191 bahagian memilih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengepalai parti, di saat UMNO dan Barisan Nasional sudah hilang mandat untuk meneraju pentadbiran negara?
Adakah 'kurang cerdik' bagi 51 ahli Parlimen UMNO yang tinggal untuk terus bersama parti, dan tidak mengikuti jejak bekas rakan politik mereka seperti Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyanti Samsuddin, Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, dan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal?
KEMARAHAN DI MEDIA SOSIAL
Rata-rata perbualan di media sosial semuanya mengganggap UMNO itu jumud, kerana dakwa mereka, parti itu telah mensia-siakan satu-satunya peluang untuk terus kelihatan relevan di sisi masyarakat.
Bagi mereka, untuk kekal relevan, maka haruslah dipilih Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dilihat sebagai ahli politik yang progresif, atau Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang dilihat sebagai seorang yang menghampiri status negarawan.
Jika bukan KJ, atau bukan Ku Li, UMNO itu seolah-olah menanti untuk mati, hujah mereka.
Sesaat Astro AWANI selesai menayangkan debat bersejarah antara tiga calon Presiden UMNO ini pada Jumaat lepas, maka berpusu-pusulah entiti media atau perseorangan membuat ‘poll’ sendiri, siapa yang paling layak mengepalai parti.
Sudah pasti, malam itu, Khairy Jamaluddin dilihat sosok yang menghormati kawan dan lawan dalam parti, dan petah berbicara baik di atas pentas mahupun di kaca televisyen.
Sudah pasti, malam itu, Ku Li itu dilihat seorang yang sangat berbudi bahasa, bijak mengatur ayat, bijak mencakna setiap soalan yang dilontarkan moderator yang juga Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.
Dan sudah pasti, malam itu Ahmad Zahid paling dilihat sebagai seorang yang tidak berkelayakan, paling tidak sesuai untuk mengetuai parti itu bagi penggal 2018/21.
Di benak pemikiran penyokong kerajaan masa kini, UMNO itu parti yang berakar umbikan orang kampung yang kais pagi makan pagi, berdindingkan kontraktor-kontraktor kelas F yang kais petang makan petang, bertunjangkan ketua-ketua bahagian yang meletak wang ringgit di bawah bantal, dan berpayungkan ahli politik, yang pada hemat mereka, 'penganut kleptokrasi dan kakistokrasi'.
UMNO PILIH AHMAD ZAHID HAMIDI
Namun, keputusan pemilihan yang berlangsung pada 30 Jun, menyaksikan Ahmad Zahid, sebagai Presiden UMNO kelapan.
Selepas dilantik sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak di Kementerian Belia dan Sukan (1986-1990) dan Kementerian Pertahanan (1990-1995), Ahmad Zahid diberi kepercayaan untuk memegang jawatan kabinet termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri.
Beliau juga pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO, ahli Majlis Tertinggi UMNO, pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Naib Presiden UMNO, pemangku Timbalan Presiden dan Pemangku Presiden.
“Dinamika dalam UMNO sentiasa berbeza. Kemenangan Zahid itu satu indikasi bahawa akar umbi parti masih percaya kepada kepimpinan beliau atas apa jua sebab sekali pun. Dan ini bukan bermaksud ahli UMNO itu tidak percaya pada KJ (Khairy Jamaluddin), tetapi beliau bukan bermula dari akar umbi.
“Mungkin KJ mempunyai daya tarikan tersendiri, dan mampu menyampaikan mesej dengan jelas, tetapi itu ternyata masih belum cukup untuk menarik keyakinan dari perwakilan,” kata Nurul Asyiqin Shamsuri, ahli UMNO Cawangan Kampung Baru Pertanian Sungai Jempol.
Wanita ini mungkin hanya ahli UMNO biasa, tetapi di peringkat antarabangsa beliau bukan calang-calang orangnya. Pernah menjadi speaker di Forum Davos, Forum Komunikasi Politik Kesatuan Eropah dan pelbagai lagi platform antarabangsa.
Masa depan UMNO, jelas Pengarah Yayasan Juwita dan pengasas Projek Fearless itu lagi, sedang melalui masa depan yang kabur, dan sedang melalui laluan yang tak pernah diterokai (unchartered water), dan usaha untuk membaik pulih parti dari sebarang persepsi negatif sangat mencabar.
“Bersandarkan faktor itu, maka majoriti Ahli UMNO masa kini mungkin mahu menyandarkan kepercayaan atas bahu seseorang yang mempunyai pengalaman yang cukup untuk memimpin parti. Adakah Datuk Zahid itu mampu melaksanakan tugas ini, hanya masa yang akan menentukan,” jelasnya lagi ketika dihubungi Astro AWANI.
Namun, ujarnya lagi, para perwakilan UMNO sudah bersuara dalam pemilihan parti yang berunsurkan demokrasi, dan keputusan mereka harus dihormati semua orang, terutamanya mereka yang bukan berada dalam parti.
“Tetapi memanggil mereka sebagai bodoh, tidak berpelajaran, tidak semestinya menjadikan orang yang melontarkan kata-kata itu lebih pandai, atau mampu melakukan sesuatu dengan lebih baik,” kata Nurul Ashiqin.
NAFAS BAHARU
Selesai pemilihan bagi penggal 2018/21, apa yang penting menurut Ahmad Zahid ialah usaha memberi nafas baharu kepada perjuangan UMNO.
Berpegang kepada prinsip ‘Merakyatkan UMNO’, Ahmad Zahid berkata – “Saya yakin bahawa rakan-rakan di kalangan Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan), tiga Naib Presiden (Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin), bersama barisan Majlis Tertinggi dan sayap-sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, kita semua harus menuju ke masa hadapan lebih cemerlang”.
Dan UMNO di bawah pimpinan baharu ini mempunyai masa tiga tahun untuk membetulkan apa yang dirasakan perlu, sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum dalam tempoh lima tahun lagi.
* Artikel ini adalah daripada Firdaus Azil, yang memantau secara dekat senario politik tanah air.
** Kandungan artikel ini adalah daripada pendangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili perspektif sidang pengarang Astro AWANI.
Firdaus Azil
Sun Jul 01 2018

UMNO mempunyai tiga tahun untuk membetulkan apa yang dirasakan perlu, sebelum menghadapi PRU-15 dalam masa lima tahun.

Tragedi Sriwijaya Air: Sistem pengangkutan udara diambang bahaya?
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) haruslah mengambil iktibar dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak akan berlaku lagi.

Remaja maut, motosikal terbabas di hadapan balai bomba
Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal terbabas ke bahu jalan.

AWANI Ringkas: Parti CDU Jerman lantik pemimpin baharu | Tenis Terbuka Australia dilanda badai Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Vaksin COVID-19 | India mulakan kempen vaksinasi besar-besaran
India memulakan kempen vaksinasi COVID-19 nasional pada Sabtu. Keutamaan suntikan vaksin adalah petugas kesihatan.

PKP 2.0 | Tahap pematuhan pengguna jalan raya di Melaka, ditahap tertinggi
Kadar pematuhan pengguna jalan raya di Melaka sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berada di tahap membanggakan. Tiada sebarang kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa, ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya, sehingga Jumaat.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.2 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.2 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.01 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.01 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 393 ribu kes.

COVID-19 | 47 pemain jalani kuarantin
Persediaan bagi Kejohanan Tenis Terbuka Australia kandas, apabila 47 pemain diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas beberapa penumpang dalam pesawat sewa khas yang tiba di Melbourne disahkan positif COVID-19.

COVID-19 | Kajian penjujukan genom perlu dipertingkat
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sarankan penjujukan genom terhadap koronavirus perlu ditingkatkan bagi memantau mutasi virus tersebut. Selain itu, vaksin COVID-19 harus diedarkan secara adil ke seluruh dunia bagi meminimumkan jumlah kematian.

Ikan Budu | Kaedah simpan ikan ketika musim banjir
Dalam situasi banjir, kebiasaanya bekalan makanan terutama jenis barangan basah termasuk ikan sukar diperolehi. Apatah lagi tangkapan hasil laut juga berkurangan kerana nelayan tidak ke laut kerana laut bergelora. Bagaimana orang dahulu menyimpan bekalan makanan?

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

Sidang media dalam talian, parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian.

Inilah Norma Baharu! Cara penyampai, wartawan Astro AWANI WFH
Ini cerita sebahagian daripada warga kerja Astro AWANI di era norma baharu.

Wujudkan Pusat Rujukan PDPR- PIBGN
PIBGN mencadangkan agar sebuah pusat rujukan Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) diwujudkan di setiap Jabatan Pendidikan.

Tiada keperluan tangguh peperiksaan SPM - PIBGN
PIBGN melihat tiada keperluan untuk meminda atau menangguhkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan utama lain.

Pengiklanan digital beri impak positif dalam pemasaran ketika PKP
Penggunaan iklan digital menerusi televisyen dan radio dapat memberi impak positif dalam jualan dan pemasaran sesebuah perniagaan di era norma baharu ketika ini.

PKP 2.0: Taska, tadika swasta perketat SOP selepas kerajaan benar beroperasi
Tinjauan Astro AWANI di beberapa taska dan tadika di Kuala Lumpur dan Selangor mendapati, tahap pematuhan SOP menjadi keutamaan.

Darurat kendurkan ketegangan politik, fokus pada COVID-19 yang semakin parah
100 peratus fokus kini dapat dihalakan kepada usaha memerangi penularan COVID-19 agar ia tidak menjadi lebih parah sekali gus memulihkan negara daripada kesan pandemik itu.

Biro Politik UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar petang ini
Biro Politik UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di Menara Dato Onn, World Trade Centre di ibu negara pada jam 3 petang ini.

Dari sudut perundangan, kerajaan PN masih lagi sah, teguh - Pakar Perlembagaan
Dari sudut perundangan, kerajaan Perikatan Nasional pimpinan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat masih lagi sah dan berdiri teguh.