awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ka Siong umum letak jawatan Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2023
09:00 MYT
Ka Siong umum letak jawatan Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru
Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, beliau menyerahkan baton kepada pengerusi yang baru dipilih oleh ahli parti untuk menggalas tanggungjawab tersebut. - Fail/Bernama
SHAH ALAM: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru dan tidak akan bertanding untuk mempertahankannya dalam pemilihan parti kali ini.
Perkara itu diumumkan oleh beliau menerusi laman Facebook miliknya pada Ahad.
Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, beliau menyerahkan baton kepada pengerusi yang baru dipilih oleh ahli parti untuk menggalas tanggungjawab tersebut.
"Perjalanan karier politik saya tidak semuanya berjalan lancar dan telah melalui pelbagai cabaran, pasang surut dalam politik untuk saya berada di tempat sekarang.
"Sejak saya menyertai bahagian ini, rakan-rakan dari bahagian Johor Bahru sentiasa menyokong saya. Tidak kira sejauh mana atau setinggi mana saya mendaki, bahagian MCA Johor Bahru akan sentiasa kekal sebagai rumah saya," ujarnya.
Tambah Ka Siong, mereka menyaksikan banyak detik penting termasuk perkahwinannya dan menjadi jurutera bertauliah.
"Ramai rakan dari bahagian ini telah berkongsi peristiwa penting hinggalah saya diberi amanah memimpin parti.
"Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang telah memberi kerjasama baik dan berkongsi perjalanan indah ini bersama saya. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan anda semua selama ini," jelasnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wee Ka Siong
#letak jawatan
#Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru
#Presiden MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan