awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2023
00:50 MYT
Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
MUHAMMAD SANUSI: Ini semua nak ikat kaki tangan kita. Dia ajak lawan, tetapi kita kena ikat. Ini tidak adil. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor mendakwa parti politik ibarat diikat kaki dan tangan mereka apabila dilarang bercakap isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja.
Menurutnya, parti politik seperti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah parti orang Melayu, maka kalau tidak boleh bercakap perihal Melayu, isu apa lagi yang boleh dibicarakan.
Tambahnya, parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum dan isu sebegitu pastinya menjadi antara topik perbincangan.
“Bersatu, Pas, ini semua (parti) Melayu. Kalau tak cakap Melayu, nak cakap apa? Parti politik di Malaysia ini ditubuhkan berasaskan kaum.
“MIC untuk India, MCA untuk Cina, DAP untuk Cina,” katanya dalam program bual bicara Keluar Sekejap pada Selasa yang menampilkan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan Sufian sebagai hos.
“Tetapi, DAP parti berbilang kaum,” celah Khairy.
“Itu dia kata... dia kata. Itu semua wayang saja. Jangan percaya itu. Pas Melayu, Islam. Jadi, kalau asas kepada penubuhan kita tak boleh cakap, kita nak cakap pasal apa?
“Saya rasa ini semua nak ikat kaki tangan kita. Dia ajak lawan, tetapi kita kena ikat. Ini tidak adil,” ujarnya.
Menteri Besar Kedah itu juga mendakwa isu 3R ada dalam Rukun Negara.
“Pertama, Kepercayaan Kepada Tuhan. Itu agama. Cuma jangan cakap perkara sensitif. Itu tidak boleh. Itu saya setuju. Itu isu 3R yang tidak boleh diungkapkan oleh sesiapa pun.
"Macam (Lim) Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan) kata, kalau Pas menang, agama lain akan terancam. Itu tidak boleh cakap.
"Tetapi bagi Perikatan Nasional, bagi Pas, kita tak pernah kata macam itu,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#DAP
#Cina
#PAS
#Lim Guan Eng
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan