awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawal juga tindak-tanduk parti dalam gabungan, elak peristiwa 'Langkah Sheraton' - Anthony Loke

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/07/2022
15:50 MYT
Kawal juga tindak-tanduk parti dalam gabungan, elak peristiwa  'Langkah Sheraton' - Anthony Loke
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mencadangkan agar Rang Undang-Undang (RUU) Akta Antilompat Parti diperluaskan kepada fasa kedua bagi mengawal tindak-tanduk parti dalam gabungan yang dibentuk daripada 'melompat'.
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mencadangkan agar Rang Undang-Undang (RUU) Akta Antilompat Parti diperluaskan kepada fasa kedua bagi mengawal tindak-tanduk parti dalam gabungan yang dibentuk daripada 'melompat'.
Katanya, peristiwa 'Langkah Sheraton' yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan pada ketika itu jelas menunjukkan pendekatan jangka panjang itu perlu dilakukan selepas ini.
"Saya rasa itu merupakan fasa kedua kita kena lihat. Memang kita tahu nak sampai ke tahap hari ini, ia memerlukan konsensus sebab ia memerlukan sokongan ahli parlimen pelbagai parti.
"Jadi bagi kita, bagaimana untuk kita mengawal gabungan itu, memang saya setuju dengan Datuk Seri Nazri Aziz kalau satu parti itu keluar gabungan dan masuk gabungan lain, itu dikira lompat. Kecualilah kalau gabungan itu secara kolektifnya membuat keputusan nak buat gabungan dengan gabungan lain.
"Umpamanya BN dengan PH kalau nak bekerjasama. Itu gabungan dengan gabungan dan bukan parti dalam gabungan itu yang dia lompat.
"Apa yang berlaku dalam Langkah Sheraton ialah salah satu parti dalam PH yang melompat dari PH dan menyebabkan kejatuhan PH, jadi saya rasa itu perlu dilihat," katanya semasa program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Usaha mengekang tindakan pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan dan sekali gus menyebabkan ketidakstabilan politik negara.
"Saya rasa prinsip itu sama, kalau gabungan itu berdaftar, masuk PRU sebagai gabungan, pakai simbol sama kalau salah satu keluar gabungan maka dia kena kosong kerusi sebab khianat.
"Sekarang ini kita kata wakil rakyat itu mengkhianati parti, tetapi yang khianati gabungan bagaimana? Dia juga dikira khianat.
"Jadi dalam konteks gabungan parti ini juga merupakan political opportunisme yang kita kena kekang. Kalau kita dah masuk gabungan, maka kekallah di situ," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#lompat parti'
#RUU
#Parlimen
#Langkah Sheraton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan