awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan Aminuddin sebagai calon MB Negeri Sembilan akan dibincang

Sinar Harian
Sinar Harian
07/07/2023
07:32 MYT
Kedudukan Aminuddin sebagai calon MB Negeri Sembilan akan dibincang
Menurut Anwar, beliau bagaimanapun gembira dan berpuas hati dengan prestasi yang telah ditunjukkan oleh Aminuddin sepanjang lima tahun beliau menjalankan tugasnya. - Gambar fail
SEREMBAN: Kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon Menteri Besar akan dibincangkan bersama semua parti dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bagaimanapun gembira dan berpuas hati dengan prestasi yang telah ditunjukkan oleh Aminuddin sepanjang lima tahun beliau menjalankan tugasnya.
“Kami akan membincangkannya, tetapi saya gembira dan berpuas hati dengan prestasi yang telah beliau tunjukkan termasuk menarik pelaburan.
"Parti komponen akan berbincang mengenainya tetapi kita tak boleh berbincang sekarang tetapi buat masa ini beliau (Aminuddin) dilihat seperti 'poster boy' kerana beliau merupakan Menteri Besar,” katanya kepada pemberita pada Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perbincangan mengenai pengagihan kerusi PRN di peringkat kepimpinan parti terlibat sudah pun selesai.
“Di peringkat saya, berbincang dengan Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP), (Ahmad) Zahid Hamidi (Pengerusi BN) nampak selesai namun masih beri ruang untuk perbincangan di peringkat negeri sedikit lagi, di peringkat saya sudah selesai,” katanya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#Menteri Besar
#pilihan raya negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan