awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan Anwar sebagai PM ke-8 telah dipersetujui - Khalid Samad

Hilmi Malik
Hilmi Malik
15/02/2020
04:58 MYT
Kedudukan Anwar sebagai PM ke-8 telah dipersetujui - Khalid Samad
KHALID: Perkara ini telah dipersetujui. Tiada orang boleh menafikan bahawa Anwar sebagai PM yang kelapan. - Gambar fail
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Presiden berhubung isu peralihan kuasa Perdana Menteri.
Bagaimanapun, beliau berpendapat kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan telah dipersetujui.
"Kalau dulu Majlis Presiden yang menetapkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, Majlis Presiden juga yang akan menetapkan tempoh bila ia diserahkan.
"Perkara ini telah dipersetujui. Tiada orang boleh menafikan bahawa Anwar sebagai PM yang kelapan. Dan itu telah dipersetujui. Cuma masanya belum ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran 'Kempen KITA' di Perumahan Awam Seri Perak di sini hari ini.
Pada Jumaat, Dr Mahathir sekali lagi menyatakan pendiriannya untuk melepaskan jawatan sebaik sahaja selesai penganjuran sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 pada November ini.
Sebelum ini juga, beliau telah berkali-kali menyatakan hasrat melepaskan jawatan Perdana Menteri pada satu masa yang sesuai.
Khamis lalu, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di pejabat beliau di Putrajaya, sekembalinya dari Port Dickson.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Khalid Samad
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#peralihan kuasa
#Perdana Menteri
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan