awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran Muhyiddin di perhimpunan sayap UMNO cetus kekecohan

Ashwad Ismail, Rahimah Abdullah
Ashwad Ismail, Rahimah Abdullah
09/12/2015
09:20 MYT
Kehadiran Muhyiddin di perhimpunan sayap UMNO cetus kekecohan
Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) dilapor mengesahkan akan hadir ke Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kehadiran Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin UMNO mengundang sedikit kekecohan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2015 hari ini.
Ia dikatakan berpunca daripada sekumpulan pihak yang cuba mewujudkan provokasi.
Media sebelum itu berkumpul di luar Dewan Tun Dr Ismail tempat di mana Muhyiddin berada.
Beliau kemudiannya beredar dari dewan itu selepas menghadiri Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO.
Semasa beliau dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menuju ke Dewan Merdeka untuk menghadiri Persidangan Pergerakan Wanita UMNO, keadaan bertambah kecoh apabila berlaku tolak-menolak dan rempuhan antara satu sama lain, termasuk kumpulan tidak dikenali.
Kejadian tolak-menolak dan rempuhan antara satu sama lain berlaku semasa Muhyiddin beredar dari Dewan Tun Dr Ismail. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kejadian tolak-menolak dan rempuhan antara satu sama lain berlaku semasa Muhyiddin beredar dari Dewan Tun Dr Ismail. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) juga terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan.
Keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas pihak media dan mereka yang berada di lokasi diarahkan beredar.
Keadaan kecoh cuba dilleraikan pihak Jabatan Sukalerawan Malaysia (RELA). - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Keadaan kecoh cuba dilleraikan pihak Jabatan Sukalerawan Malaysia (RELA). - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Muhyiddin muncul pada di perhimpunan ketiga-tiga sayap UMNO, selepas tidak menghadiri Majlis Taklimat Presiden pada Selasa.
Walaupun ia merupakan lawatan tidak berjadual, namun sudah menjadi tradisi Timbalan Presiden meluangkan masa bersama perwakilan.
Beliau turut dilapor mengesahkan akan hadir ke Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini.
[VIDEO] Muhyiddin Yassin masuk ke dewan perhimpunan sayap UMNO
Topic Berkaitan
#kecoh
#Muhyiddin Yassin
#perhimpunan agung
#sayap
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan