Pengarah Keselamatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Parlimen Shah Alam Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin hari ini mendakwa kekecohan forum 'Nothing to Hide 2.0' di sini Ahad didalangi oleh anggota parti itu sendiri.
Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat insiden kekecohan tersebut dan ugutan bunuh terhadapnya.
"Laporan (polis) pertama yang saya buat, sebab saya mahu polis siasat insiden kekecohan itu kerana apabila kita teliti video yang dirakam dalam forum tersebut kejadian balingan kerusi itu sebenarnya ditujukan ke arah saya dan bukan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"...dan saya syak mereka yang terlibat itu terdiri daripada pihak penganjur, urusetia serta beberapa anggota PPBM sendiri. Insiden (kekecohan) itu sengaja diwujudkan supaya dapat menghalang saya daripada bertanyakan beberapa soalan kepada Dr Mahathir selepas isu Memali disoal (individu lain)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata susulan insiden itu, beliau turut menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali menerusi laman sosial Facebook PPBM.
Jelas Wan Mohammad Ashraf, ugutan bunuh tersebut turut mengaitkan keluarganya dan atas sebab keselamatan beliau terpaksa membuat laporan polis supaya tindakan susulan diambil.
"Saya dapat ugutan bunuh itu pada malam kejadian kekecohan itu berlaku, disebabkan ia berlarutan sehingga ke hari ini jadi saya terpaksa membuat laporan polis untuk tujuan keselamatan dan ugutan bunuh itu juga dilihat mencabar kewibawaan saya kerana melibatkan keluarga," katanya.
Wan Mohammad Ashraf dalam pada itu turut mendesak Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletak jawatan berikutan beliau (Syed Saddiq) antaranya didakwa gagal memastikan keselamatan tetamu di forum tersebut.
"Saya sendiri sanggup duduk dalam parti dan menentang dia sehingga dia meletakkan jawatan," tambahnya.
Kekecohan yang tercetus kira-kira 5.10 petang, Ahad lepas itu bermula selepas peserta forum tidak berpuas hati dengan jawapan Dr Mahathir berhubung peristiwa Memali, dan secara tiba-tiba ada individu membaling kasut, diikuti kerusi dan botol air sebelum menyalakan suar serta membalingnya ke arah Dr Mahathir yang berada di tengah pentas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2017
Susulan insiden itu, Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin turut menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali menerusi laman sosial Facebook PPBM.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
'Flashmob' bertukar kecoh, penyokong Pas, BN bertengkar
'Flashmob' yang diadakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sulaimani menghala ke Kuantan, petang Jumaat bertukar kecoh.
Empat ditahan terlibat kekecohan antara penyokong Perak FC, Selangor FC
Kesemua yang ditahan, berumur antara 18 dan 26 tahun, akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Sukan SEA: Situasi tegang, Thai FA mohon maaf, janji ambil tindakan
Persatuan Bola Sepak Thailand (FA Thailand) memohon maaf susulan kekecohan ketika perlawanan akhir Sukan SEA ke-32 menentang Indonesia yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja pada Selasa.
Gara-gara promosi baju raya RM1, butik di Shah Alam kecoh diserbu ratusan pelanggan
Gara-gara mempromosikan jualan baju berharga RM1 bagi 100 pelanggan pertama, sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, Shah Alam diserbu lebih 500 orang sehingga berlaku kekecohan, semalam.
Serangan siber di hospital terkemuka India
Pendaftaran dalam talian pesakit disambung semula selepas Institut Sains Perubatan All India dapat mengakses pelayannya.
Bunyi bising pergaduhan rupanya rumah terbakar
Lima buah rumah terbakar hampir 95 peratus manakala sebuah lagi membabitkan kemusnahan 30 peratus.
PRU15: Kekecohan pusat mengundi, tiga kertas siasatan dibuka
Kertas siasatan itu dibuka selepas menerima tiga laporan yang dibuat mereka yang terlibat di Balai Polis daerah Temerloh.
PRU15: Kekecohan tular bukan di pusat mengundi, berpunca masalah dalaman parti - Polis
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut berlaku hari ini, namun tiada kaitan dengan proses mengundi.
PRU15: Isu kekecohan, calon BN Permatang Pauh sedia bekerjasama dengan polis
Isnin lalu, penganjur tapak pasar malam Penanti bertindak menghentikan ceramah yang dilakukan Mohd Zaidi di laluan masuk pasar terbabit.
PRU15: Kempen calon BN di Permatang Pauh terpalit dengan kekecohan
Kempen PRU15 di Permatang Pauh dicemari insiden kekecohan di Pasar Malam Penanti membabitkan penganjur tapak pasar malam dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.