BENTONG: Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan pengundi menerima baik gabungan Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata rakyat dan pengundi mungkin terkeliru dengan kerjasama gabungan politik itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada peringkat awal penubuhan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun sudah mula melihat keberkesanan kerjasama itu.
"Dalam jangka panjang, saya sentiasa yakin pengundi akan lihat fakta dan politik khidmat yang kita tawarkan, apa yang kita boleh berikan kepada mereka dan mereka kini menikmati sentuhan itu, sebab itu hari ini mereka pilih BN lagi untuk terus bawa pembangunan kepada mereka.
"Penerimaan ini juga dapat dilihat dengan jelas terutama di dua PDM (Pusat Daerah Mengundi) PRK Pelangai yang terdiri daripada majoriti bukan Melayu tetapi mereka beri undi kepada BN, itu juga boleh dikatakan golongan ini menerima baik kerjasama BN-PH dalam Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
PRK Pelangai menyaksikan calon BN Datuk Amizar Abu Adam menang dengan majoriti 2,949 undi selepas memperoleh 7,324 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi.
KEPUTUSAN RASMI PRK PELANGAI DI SINI
Menteri Besar Pahang itu berkata kemenangan BN di Pelangai juga menunjukkan pengundi di kawasan tersebut menolak naratif kempen PN yang berkisar kepada fitnah serta sentimen 3R (agama, kaum dan institusi diraja) sekali gus tidak berlaku 'gelombang hijau' di negeri tersebut.
Wan Rosdy, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata momentum kemenangan di Pelangai akan dipertingkat sebagai persediaan menghadapi PRK Parlimen Kemaman selepas Pas tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu yang membatalkan kemenangan calonnya Che Alias Hamid pada PRU15.
"Kita akan tingkatkan momentum, kita telah berusaha sehabis baik di Pelangai ini (biarpun) ada penurunan sedikit (majoriti), ini PRK, biasalah namun kita tetap akan lihat mengapa terjadi begitu dan akan baiki," katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi PH, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pemimpin tertinggi dan seluruh jentera parti atas sokongan serta kerja keras dalam memenangkan gabungan politik itu di Pelangai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
![Kemenangan di Pelangai bukti rakyat terima baik Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy Kemenangan di Pelangai bukti rakyat terima baik Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696579377_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Wan Rosdy berkata, rakyat dan pengundi mungkin terkeliru dengan kerjasama gabungan politik itu dengan PH pada peringkat awal penubuhan Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 namun sudah mula melihat keberkesanan kerjasama itu. - Gambar fail
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![Kemenangan di Pelangai bukti rakyat terima baik Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy Kemenangan di Pelangai bukti rakyat terima baik Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696579377_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Kemenangan di Pelangai bukti rakyat terima baik Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan pengundi menerima baik gabungan Kerajaan Perpaduan.
![PRK Pelangai: Amizar ikrar jalankan amanah dengan baik PRK Pelangai: Amizar ikrar jalankan amanah dengan baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696690775_AmizarAbuAdam.jpg)
PRK Pelangai: Amizar ikrar jalankan amanah dengan baik
Datuk Amizar Abu Adam berikrar akan memikul amanah yang diberikan pengundi kepadanya dengan baik dan meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun selepas menang dalam PRK DUN Pelangai.
![PRK DUN Pelangai: 16,456 pengundi tunai tanggungjawab esok PRK DUN Pelangai: 16,456 pengundi tunai tanggungjawab esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688630779_benderapolitik.jpg)
PRK DUN Pelangai: 16,456 pengundi tunai tanggungjawab esok
Parti-parti bertanding memanfaatkan minit akhir sehingga 11.59 malam ini dengan menganjurkan ceramah dan kempen kemuncak dalam usaha mempengaruhi pola pengundian.
![Wan Rosdy nafi akan anggotai Jemaah Menteri Persekutuan Wan Rosdy nafi akan anggotai Jemaah Menteri Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695968710_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Wan Rosdy nafi akan anggotai Jemaah Menteri Persekutuan
Beliau berkata ia hanya khabar angin dan beliau kini fokus untuk memenangkan BN di PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini.
![PRK: 'Kenal betul-betul Pelangai' - Amanat terakhir Johari kepada Amizar PRK: 'Kenal betul-betul Pelangai' - Amanat terakhir Johari kepada Amizar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695708940_calonbn.jpg)
PRK: 'Kenal betul-betul Pelangai' - Amanat terakhir Johari kepada Amizar
Pesanan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun menjadi pembakar semangat buat calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam untuk menabur khidmat kepada rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
![PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695628564_amizar.jpg)
PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli
Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.
![PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695443905_TBPelangai.jpg)
PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid
Ahmad Zahid berkata, rekod di atas kertas menunjukkan BN, dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dijangka mampu menang selesa.
![PRK DUN Pelangai: Tekanan besar kepada kerajaan negeri jika PN menang - Tuan Ibrahim PRK DUN Pelangai: Tekanan besar kepada kerajaan negeri jika PN menang - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695442292_TuanIbrahimTuanMa.jpg)
PRK DUN Pelangai: Tekanan besar kepada kerajaan negeri jika PN menang - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, ini kerana kemenangan itu akan memberi tambahan kerusi kepada PN di peringkat DUN.
!['Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini' - Sanusi 'Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini' - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695426019_SanusiMdNor.jpg)
'Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini' - Sanusi
Sanusi yakin 100 peratus dengan sokongan pengundi untuk memilih PN di kubu tradisi Barisan Nasional tersebut.
![PRK DUN Pelangai bermula hari ini PRK DUN Pelangai bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692166030_SPR.jpg)
PRK DUN Pelangai bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi ini untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.