awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan Rantau bukti ramai silap pilih pada PRU lalu - Najib

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
13/04/2019
14:36 MYT
Kemenangan Rantau bukti ramai silap pilih pada PRU lalu - Najib
NAJIB: Syukur atas kemenangan ini. Terima kasih pada rakyat, pengundi, jentera BN, komponen parti dan Friends of BN, dan Pas. - Astro AWANI/Shahir Omar
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Rantau membuktikan ramai yang tersalah pilih pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Pada masa sama, bekas Pengerusi BN itu melihat faktor anak muda menyumbang kepada kebangkitan parti itu.
“Syukur atas kemenangan ini. Terima kasih pada rakyat, pengundi, jentera BN, komponen parti dan Friends of BN, dan Pas.
“Sambutan orang muda hangat. Ia menunjukkan PRU14 lalu, sudah ada ground shift yang agak besar di kalangan semua peringkat terutama orang muda, yang ramai kata mereka telah tersilap pilih waktu pilihan raya lalu,” katanya kepada media selepas pengumuman kemenangan Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi PRK DUN Rantau pada Sabtu.
Malah katanya, beliau sering menerima respon anak muda yang mengakui keputusan dibuat sebelum ini adalah salah.
“Waktu kempen di Rantau ada yang bisik, mereka kata mereka telah buat keputusan salah dulu dan kali ni mereka nak sokong BN. Ini menunjukkan bahawa segala usaha kita, kekecewaan mereka terhadap janji PH yang telah dimungkiri,” ujarnya lagi.
Pada Sabtu, Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas calonnya, Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya memperoleh majoriti 4,510 undi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#DUN Rantau
#Mohamad Hasan
#Najib Razak
#pengundi muda
#Politik Malaysia
#prk rantau
#Rantau Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan