awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Biro IT dan Media Sosial UMNO bukan sebarkan fitnah - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
29/10/2017
23:42 MYT
Kempen Biro IT dan Media Sosial UMNO bukan sebarkan fitnah - Ahmad Maslan
AHMAD MASLAN: Dalam masa berbaki (sebelum PRU14) ini, saya harap biro jentera ini giat menggandakan usaha untuk memperluaskannya. -Gambar fail
Kempen media sosial oleh Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Media Sosial UMNO bukan bertujuan menyebarkan fitnah sebaliknya menyebarkan maklumat tepat dan berfakta kepada rakyat, kata Pengerusinya Datuk Ahmad Maslan.
Bagi meraih keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau berkata jawatankuasa itu menggunakan pelbagai pendekatan termasuk kempen media sosial dengan menampilkan video pendek, infografik, keratan akhbar, karikatur serta poster tentang UMNO.
Beliau berkata jawatankuasa berkenaan sedang diperluaskan sehingga ke peringkat cawangan bagi memperkuat jentera siber UMNO dalam menangkis serangan fitnah pembangkang.
"Sebelum ini, kita menubuhkan Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat dan Media Sosial UMNO di peringkat bahagian di seluruh negara dengan setiap bahagian mempunyai 40 anggota.
"Dalam masa berbaki (sebelum PRU14) ini, saya harap biro jentera ini giat menggandakan usaha untuk memperluaskannya," katannya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat IT dan Dialog Khas PRU14 UMNO Bahagian Pasir Salak di Chenderong Balai dekat sini, pada Ahad.
Selain itu, beliau berkata Konvensyen Media Sosial Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 4 Nov ini dan dijangka dirasmikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Konvesyen itu akan menghimpunkan lebih 2,000 anggota jentera IT UMNO di setiap bahagian bagi persediaan menghadapi PRU14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Biro Teknologi Maklumat
#Pilihan Raya Umum ke-14
#PRU14
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan