Pakatan Harapan dicabar supaya mengemukakan pelan ekonomi alternatif sekiranya mereka mahu memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pembangkang perlu mempunyai pelan alternatif untuk mendapatkan semula hasil yang hilang berikutan pemansuhan GST.
"Pembangkang boleh menjadi popular dengan mengatakan mereka mahu memansuhkan GST sebaik sahaja mereka berkuasa, kita ada projek pembangunan mega yang sedang berjalan, misalnya Lebuhraya Pan Borneo dan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).
"Ia satu pembohongan kepada rakyat sekiranya mereka gagal mencari jalan untuk mendapatkan semula hasil yang hilang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri bengkel Panduan Pembangunan Lestari di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata pembangkang juga mesti membuat keputusan unilateral berkaitan perkara itu, disebabkan terdapat banyak kekeliruan berhubung pendirian mereka tentang GST.
"Terdapat begitu banyak isyarat daripada pembangkang sehinggakan rakyat Malaysia menjadi keliru dengan apa yang mereka perkatakan.
"Sekejap mereka mahu memansuhkannya, selepas itu, mereka mahu kadar sifar pula. Jelas bahawa pembangkang tidak mempunyai dasar ekonomi yang konkrit jika mereka menang pilihan raya," katanya.
Dalam perkara berasingan, Abdul Rahman membidas kerajaan negeri Pulau Pinang kerana merancang untuk menaikkan tarif air daripada 48 sen kepada RM1 bagi setiap 1,000 liter.
"Kerajaan negeri bertindak bertentangan dengan manifesto pilihan raya mereka sendiri. Sebelum ini, mereka mendakwa Barisan Nasional (BN) bertindak zalim terhadap rakyat Pulau Pinang dan tidak menjaga kebajikan mereka. Lihat apa yang berlaku sekarang.
"Trend dalam penjualan tanah negeri menjadi semakin berleluasa, malah NGO (badan bukan kerajaan) turut menjadi bimbang. Ini menunjukkan kerajaan negeri lemah dalam menguruskan ekonomi," katanya.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Datuk Jaseni Maidinsa berkata surcaj itu akan memberi kesan kepada kira-kira 126,000 daripada sejumlah 504,400 isi rumah disebabkan masing-masing menggunakan lebih 35,000 liter sebulan.
Jika Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara membenarkan kenaikan itu, ia merupakan kali keempat tarif air di negeri ini dinaikkan. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017
Abdul Rahman juga membidas kerajaan negeri Pulau Pinang kerana merancang untuk menaikkan tarif air daripada 48 sen kepada RM1 bagi setiap 1,000 liter. - Gambar fail
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).