awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Farida prejudis, menghina dan tidak ilmiah - Pemuda PAS

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2015
06:06 MYT
Kenyataan Farida prejudis, menghina dan tidak ilmiah - Pemuda PAS
...
"Kenyataan tersebut sangat prejudis, menghina dan jauh daripada bersifat ilmiah," itu pandangan Mohd Nasaie Ismail selaku Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia terhadap kenyataan Datuk Noor Farida Ariffin berkaitan hudud semalam.
Menurut jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25) itu, golongan pedofil dikhuatiri akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu.
Datuk Noor Farida membuat kenyataan tersebut di forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima.
Tambah Mohd Nasaie, sebagai orang yang mewakili golongan cendekiawan G-25, dia sepatutnya berhujah secara rasional dan bukannya dengan sentimen yang penuh buruk sangka terhadap hudud."
Katanya lagi, rujukan Farida bahawa pesalah rogol akan mudah terlepas hukuman disebabkan hanya empat saksi diterima dan bukti saintifik ditolak, jauh menyimpang daripada maksud sebenar.
"Beliau memberi gambaran mudahnya perogol dibebaskan, sedangkan banyak peringkat hukuman lain seperti takzir yang akan dilalui oleh pesalah tersebut. Tambahan pula empat saksi hanya diperlukan untuk sabitan kes zina. Manakala rogol adalah kes yang berlainan. Ia boleh disabitkan dengan: a. Had zina (Hudud), b. Had Hirabah (Hudud) - kerana memeras, c. Qisas (jika mencederakan atau menyebabkan kematian), d. Diat (denda gantirugi) dan e. Ta'zir (hukuman mengikut budi bicara mahkamah).
Jelas Nasaie, kepelbagaian kes tersebut boleh disabitkan melalui pelbagai kaedah mengikut pertuduhan yang membawa erti kes rogol adalah jauh lebih mudah disabitkan berbanding kes zina.
Mewakili Pemuda PAS Malaysia, Nasaie turut menjemput Datuk Noor Farida untuk berdialog berkenaan isu hudud bagi menjelaskan kekeliruan tersebut.
Topic Berkaitan
#hudud
#Mohd Nasaie Ismail
#Noor Farida Ariffin
#Pemuda Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan