KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin UMNO menyifatkan kenyataan anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, bahawa parti itu tidak memerlukan 'poster boy' untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang sebagai tidak wajar dan tidak menggambarkan pendirian parti.
Mohd Puad, yang juga Speaker DUN Johor, menerusi satu hantaran di Facebook semalam berkata, 'poster boy' tidak lagi relevan dan boleh menjadi bola tanggung, 'punching bag' atau senjata makan tuan.
Mohd Puad mengeluarkan kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Di SELANGOR, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Dr Abd Rahman Bakri, berkata sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana individu seharusnya tidak mendahului perkara yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti serta MKT UMNO.
Abd Rahman berkata UMNO sebelum ini telah memutuskan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai 'poster boy' serta calon Perdana Menteri dan perkara menggantikan 'poster boy' itu tidak perlu dibangkitkan kerana ia adalah keputusan parti.
"Kita orang setia dan sayangkan parti. Parti sebelum ini sudah putuskan Ismail Sabri sebagai 'poster boy' dan calon Perdana Menteri. Itu keputusan sebelum ini. Apa benda nak bercakap tunggu keputusan daripada 'top five', biro politik dan MKT. Ia bukan keputusan individu atau bahagian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Senada dengan beliau adalah Ketua UMNO Hulu Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, yang berkata keputusan meletakkan 'poster boy' dan Perdana Menteri telah diputuskan oleh parti dan seharusnya ahli perlu menghormatinya.
"Sesiapa boleh komen tapi kena hormati apa yang telah parti putuskan. Bagi saya keputusan parti lebih penting daripada keputusan individu. Individu setakat diri dia sahaja," katanya.
Ketua UMNO Damansara, Datuk Ikhwan Salim Sujak, berkata penampilan 'poster boy' untuk sesebuah parti perlu ada untuk memperkenalkan siapa yang akan menerajui kerajaan sekiranya UMNO memenangi pilihan raya kelak.
Di JOHOR, Ketua Bahagian UMNO Bakri, Datuk Mohd Fuad Tukirin mengingatkan ahli UMNO agar tidak mengeluarkan saranan-saranan jelik yang menampakkan usaha mencampuri sistem kehakiman negara.
Beliau berkata meskipun dalam keadaan bersedih dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, ahli UMNO diingatkan tidak berbuat begitu.
"Jangan pula kita menghodohkan wajah UMNO dengan saranan-saranan jelik yang menampakkan usaha mencampuri sistem kehakiman negara," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Sementara itu di KEDAH, Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Annuar Ahmad, berkata pemilihanIsmail Sabri sebagai 'poster boy' dan calon Perdana Menteri untuk PRU-15 telah diputuskan sebulat suara oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO Khas yang diadakan pada Mei lalu.
Justeru, katanya, sebarang keputusan untuk mengubah perkara itu perlu dibincangkan pemimpin tertinggi UMNO dan tidak sepatutnya dinyatakan secara terbuka bagi mengelakkan persepsi yang tidak elok terhadap parti.
"Tidak perlulah kita menimbulkan sesuatu yang boleh mendatangkan masalah pula kepada parti atau mengeruhkan suasana," katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.
Di MELAKA, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman, membidas kenyataan Mohd Puad terutama di saat parti perlu bersatu dalam menghadapi pilihan raya yang boleh diadakan pada bila-bila masa.
Beliau, ketika dihubungi Bernama, berkata segala cadangan boleh dikemukakan menerusi platform yang telah disediakan parti dan mana-mana individu tidak seharusnya menggunakan media dalam meluahkan rasa tidak puas hati mengenai sesuatu perkara.
"Hari Sabtu ini kita akan ada di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), kita jumpa dan lontarkan apa yang saja pandangan kita. Tapi untuk kepentingan parti, bukan individu. Namun bagi isu 'poster boy', bagi saya, apa yang dilontarkan dan dijanjikan... kita ikut sajalah," katanya.
Pada Sabtu ini, UMNO akan mengadakan sesi Taklimat Khas Presiden bersama semua pimpinan parti itu termasuk ahli jawatankuasa (AJK) bahagian.
Sementara itu di NEGERI SEMBILAN, ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias, menasihati mana-mana pemimpin parti untuk tidak membuat kenyataan yang boleh merenggang hubungan ahli dalam parti.
Beliau berkata MKT UMNO telah membuat keputusan pada April lalu untuk mencalonkan Perdana Menteri sebagai 'poster boy' untuk PRU15.
Jalaluddin berkata ia juga melambangkan sikap berjiwa besar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang meletakkan kepentingan parti demi kemenangan Barisan Nasional (BN), lebih penting berbanding jawatan.
"Bukan isu "poster boy" yang harus kita bicarakan, sebaiknya kita perkemaskan jentera parti di setiap peringkat dalam menarik minat pengundi untuk memilih siapa sahaja wajah yang tertera di poster BN dalam PRU15 nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Mohd Puad menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu berkata, 'poster boy' tidak lagi relevan dan boleh menjadi bola tanggung, 'punching bag' atau senjata makan tuan. - Gambar fail/BERNAMA

HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.

Shereen raih emas acara 400m Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada NCAA.

Pesawat C919 buatan China mulakan penerbangan komersial
Pesawat penumpang C919 yang dibangunkan sendiri oleh China, memulakan penerbangan komersial pertamanya dari Shanghai ke Beijing pada Ahad.

Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London
Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London.

3 maut termasuk 2 rentung dalam kemalangan di Segamat
Tiga lelaki maut termasuk dua rentung manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan Kampung Kwongsai, dekat Segamat.

KKD ambil perhatian isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media - Fahmi
Isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media adalah antara yang akan diambil perhatian oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

'Rumah tempat saya membesar...' - Issey sebak, rumah arwah ibu hangus terbakar
Penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham sebak apabila melihat keadaan rumah arwah ibunya, Asiah Haron, di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan hangus dijilat api.

Badminton Masters Malaysia: Misi memburu kejuaraan
Dua wakil Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 petang ini.

6,750 notis kesalahan merokok libat kutipan RM1.6 juta di Pahang
Sebanyak 6,750 notis kompaun kesalahan bernilai RM1,592,100 telah dikeluarkan kepada perokok di Pahang tahun ini.

PSG cipta rekod Ligue 1
PSG terus dominan apabila mencipta rekod baharu menang 11 kejuaraan Ligue 1 selepas seri 1-1 di Strasbourg awal pagi Sabtu.

MKT UMNO terima penjelasan Ahmad Maslan isu undi calon DAP
Mohd Puad berkata, UMNO ingin mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga habis penggal.

Isu pengampunan Najib: Amanah parti 'kawan makan kawan' - Puad Zarkashi
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai parti kawan makan makan.

Rumah terbuka: "Sanusi boleh tumpang semangkuk, berdiri sebelah Anwar" - Puad
Puad berkata, meskipun terdapat unsur politik dan kempen dalam penganjuran rumah terbuka berkenaan namun beliau menyifatkan ia seperti 'sambil menyelam minum air'.

Sudah 21 hari, Puad persoal keadilan Najib tertangguh
Katanya, penangguhan itu secara tak langsung akan menyebabkan kes Najib tidak mendapat keadilan yang telus.

Kalau benar KJ ada 'magnet', tubuh parti baharu - Puad
Sekiranya Khairy tidak berani tubuhkan parti baharu, beliau boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas.

PAU 2022: Puad dilantik Timbalan Pengerusi Tetap UMNO
Usul yang dikemukakan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan itu diluluskan sebulat suara.

"Kenyataan Puad Zarkashi dangkal, saya jalan tugas pro bono sahaja" - Muhyiddin
Mantan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang peruntukan mahupun elaun ketika beliau memegang jawatan berkenaan.

DUN Johor ucap tahniah kepada dua ADUN dilantik Menteri, Timbalan Menteri
Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi sebelum sesi soal jawab pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

ADUN Johor tidak hadir tidak dibenar wakilkan soalan lisan - Speaker
"Kita tidak membenarkan ahli yang tidak mengikut peraturan kerana ini akan menjejaskan kredibiliti dewan."

Kerajaan Perak, Pahang 'clue' terbaik - Puad Zarkashi
UMNO akan turun ke bawah untuk beri penjelasan, katanya sambil menambah, MCA dan MIC mesti terima kenyataan.