awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kenyataan Puad Zarkashi dangkal, saya jalan tugas pro bono sahaja" - Muhyiddin

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
17/12/2022
07:25 MYT
"Kenyataan Puad  Zarkashi dangkal, saya jalan tugas pro bono sahaja" - Muhyiddin
Muhyiddin berkata MPN adalah badan penasihat sahaja dan bukan eksekutif selain tiada peruntukan. - Fail/BERNAMA
PAGOH: Kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi yang mempersoalkan peruntukan beratus juta ringgit yang disalurkan kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN), bersifat dangkal.
Mantan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang peruntukan mahupun elaun ketika beliau memegang jawatan berkenaan dalam kerajaan sebelum ini.
Beliau berkata, MPN adalah badan penasihat sahaja dan bukan eksekutif selain tiada peruntukan.
"Waktu saya memimpin pun saya jalankan tugas 'pro bono', tak ambil gaji satu sen. MPN ini badan advisory, dia bukan executive, tidak ada peruntukan.
"Puad Zarkashi yang kata kita ada peruntukan, semaklah berapa juta, tidak ada peruntukan, cuma kita buat perakuan kepada Kabinet apa tindakan hendak dibuat maka serah pada Kabinet, kalau ikut kiraan kita hari itu 95 perkara Kabinet semua dah lulus, dia ada implikasi kewangan, itu soal kerajaan, tapi bukan peruntukan diberi kepada MPN,' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Kesyukuran PN Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini pada Sabtu.
MPN | Muhyiddin bidas Puad Zarkashi, sifatkan kenyataan dangkal
Puad Zarkashi sebelum ini mempersoalkan ke manakah perginya peruntukan beratus juta ringgit didakwa untuk MPN.
Dakwanya, beliau difahamkan bahawa Muhyiddin telah menerima peruntukan khas tersebut daripada perdana menteri pada ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Puad Zarkashi turut mempersoalkan adakah peruntukan itu dibelanjakan untuk parti Bersatu sahaja atau perkara lain selain turut meminta Muhyiddin memperjelaskan tentang butiran perbelanjaan dana MPN.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Mohd Puad Zarkashi
#Majlis Pemulihan Negara
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan