awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kenyataan Shahul bersifat peribadi, tiada kena mengena dengan PAS'

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2014
07:09 MYT
'Kenyataan Shahul bersifat peribadi, tiada kena mengena dengan PAS'
MUJAHID: Ceramah itu dibuat bertahun lalu, motif video itu disebar semula tidak diketahui.
Kenyataan pendakwah, Shahul Hameed Seeni Mohd, yang didakwa mengeluarkan kenyataan provokatif dan bersifat perkauman terhadap penganut agama Hindu, disifatkan berbentuk peribadi dan tidak ada kena mengena dengan PAS.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Kebangsaan PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ia sekali gus tidak menggambarkan pendirian PAS terhadap isu berkenaan.
"Saya tidak tahu motif video itu disebar semula, tambahan ceramah itu dibuat bertahun dahulu.
"Saya bertanggungjawab kerana Shahul Hameed merupakan ahli PAS Pulau Pinang. Bagaimanapun ceramahnya tidak mewakili PAS, ia bedasarkan pengetahuannya sebagai seorang pensyarah," ujarnya ketika dipetik dari portal berita Malaysiakini.
Dr Mujahid mengulas isu klip video menunjukkan Shahul Hameed membuat kenyataan bersifat perkauman terhadap penganut agama Hindu yang dimuat naik di dalam laman YouTube.
Dalam pada itu jelasnya, semua pendakwah dinasihati untuk mengikut garis panduan dan tidak membuat sebarang kenyataan provokatif berunsur kaum.
"Kita akan membuat laporan kepada PAS pusat semasa perjumpaan pada 10 Ogos ini.
"Sebarang tindakan disiplin juga di luar kuasa saya. Bagaimanapun dia sudah meminta maaf dan saya harap semuanya selesai," katanya.
Satu klip menunjukkan Shahul Hameed memohon maaf juga kini tersebar di laman YouTube.
Shahul Hameed berkata, dia membuat kenyataan itu dalam majlis tertutup dan tidak pernah menggalakkan atau menyuruh sesiapa memuat naik klip video berkenaan.
Dalam ceramahnya di sebuah surau di Shah Alam pada Februari lalu yang dimuat naik ke YouTube, Shahul Hameed memberitahu umat Islam agar tidak membeli produk serbuk kari daripada syarikat-syarikat Hindu seperti Alagappas dan Babas.
Gesaan permohonan maaf dituntut Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, PPP dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Hindu di Pulau Pinang.
Pada Rabu, MIC turut menganjurkan demonstrasi di Brickfields mengecam kuliah yang dibuat Shahul Hameed.
Topic Berkaitan
#Hindu
#Mujahid Yusof Rawa
#PAS
#pendakwah
#Shahul Hameed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan