KOTA KINABALU: Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah pada pertemuan khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata perkara itu mungkin akan dibawa ke peringkat kepimpinan pusat pada esok.
Proses pemilihan Pengerusi MPN PKR negeri, menurut beliau adalah sama seperti proses yang berlaku sebelum ini di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, dengan Sabah juga tidak terkecuali, iaitu akan dibincangkan di peringkat pusat.
"Mengikut proses, Presiden parti (Anwar) perlu mengadakan sesi konsultasi bersama Ketua Cabang dan proses itu telah berjalan. Selepas ini, Presiden mengikut kelaziman akan bawa hasil perbincangan dan keputusan ke mesyuarat pimpinan pusat, dan mesyuarat berikutnya diadakan esok.
"Terpulang kepada Presiden. Kita ada mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan. Bergantung kalau Presiden merasakan perlu sedikit masa untuk berbincang lanjut mungkin mengenai Sabah atau MPN negeri lain yang ingin disekalikan. Mungkin kita akan dapat keputusan esok atau mesyurat MPN akan datang," katanya.
Terdahulu, Fahmi menghadiri perjumpaan khas Anwar bersama MPN PKR Sabah di sini, yang turut dihadiri Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dan Pengerusi MPN PKR Sabah Datuk Dr Sangkar Rasam.
Turut hadir 26 Ketua Cabang PKR Sabah antaranya Ketua Cabang PKR Kota Belud Datuk Mustapha Sakmud juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Fahmi berkata perkara itu mungkin akan dibawa ke peringkat kepimpinan pusat pada esok. - Gambar fail
Pemandu maut tersepit, nahas dua kenderaan di Lekir
Mangsa berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.
Usaha diplomasi antarabangsa untuk tamatkan konflik di Gaza - PBB
Diplomasi itu diharap dapat membantu mengurangkan konflik daripada merebak lebih luas.
AS desak Israel lindungi nyawa penduduk awam Palestin
Timbalan Duta Amerika ke PBB, Robert Wood mendesak Israel melindungi nyawa penduduk awam Palestin di Gaza.
Angin kencang 'alihkan' pesawat di parkir
Ribut pada Selasa itu turut menghasilkan hujan batu, termasuk tiupan setinggi 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth.
AWANI Pagi: Debat Epitomi Minda Madani: Piala Timbalan Perdana Menteri
Debat MRSM Piala Timbalan Perdana Menteri bakal berlangsung pada 7 hingga 10 Jun depan bertemakan Debat Epitome Minda Madani. Ikuti temu bual bersama Shahrizal Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA dan Ts Dato' Sayed Alfeizal Sayed Ahmad, Presiden MUAFAKAT MARA Malaysia bersama #AWANIPagi.
Warga emas rentung dalam kebakaran kereta
Mayat mangsa berusia 71 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
India rekod suhu 52.3 Celsius, panas melampau
Suhu musim panas yang luar biasa ini berkemungkinan akan reda bermula Khamis selepas angin dari Laut Arab menghampiri wilayah itu.
Israel guna helikopter tentera serang Rafah
Serangan terbaharu menyaksikan sebuah helikopter Israel melepaskan tembakan ke atas Rafah.
Rozila pecah tradisi wanita pertama urus operasi TH di Mekah
Menjadi wanita pertama menggalas tugas sebagai Pengarah Operasi Tabung Haji (TH) Mekah bagi musim 1445H/2024M, Rozila Omar Ali tidak pernah menyangka pengalaman dan kepakarannya menguruskan bahagian penyelidikan dan pembangunan haji di Jabatan Haji, ibu pejabat TH membuatkannya terpilih untuk jawatan tersebut, yang lazimnya dipikul lelaki.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.