awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan AGC bukti pertuduhan bermotifkan politik - Akmal Saleh

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
08/01/2026
10:45 MYT
Keputusan AGC bukti pertuduhan bermotifkan politik - Akmal Saleh
Dr Akmal memutuskan keterangan tidak mencukupi untuk meneruskan pendakwaan terhadap Ahmad Zahid disifatkan bahawa pertuduhan sebelum ini bermotifkan politik. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memutuskan keterangan tidak mencukupi untuk meneruskan pendakwaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan bukti pertuduhan sebelum ini bermotifkan politik.

Ringkasan AI
  • Kenyataan dari Jabatan Peguam Negara (AGC) menyatakan keterangan tidak mencukupi untuk meneruskan pendakwaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai bukti pertuduhan sebelum ini bermotifkan politik.
  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan bahawa keputusan AGC membuktikan pertuduhan terhadap Ahmad Zahid sebelum ini dilakukan tanpa asas bukti yang mencukupi, lebih bersifat politik, dan mengakhiri perdebatan dalam masyarakat.
  • AGC memaklumkan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Ahmad Zahid berdasarkan penilaian terperinci hasil siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendapati keterangan tidak mencukupi untuk menyokong kesemua pertuduhan.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
“Alhamdulillah, akhirnya kebenaran terjawab juga. Jabatan Peguam Negara berdasarkan penilaian dan pertimbangan pendakwaan mendapati bahawa keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan bagi kesemua pertuduhan tersebut,” jelasnya.
Menurut Akmal, keputusan berkenaan membawa maksud pertuduhan terhadap Presiden UMNO itu sebelum dibuat tanpa asas bukti yang mencukupi dan lebih bersifat kepentingan politik.
Beliau berkata, perkara tersebut akhirnya terjawab selepas sekian lama menjadi perdebatan dan pertikaian dalam kalangan masyarakat.
“Doa orang yang teraniaya pasti akan dimakbulkan,” katanya.
Terdahulu, AGC memaklumkan bahawa pendakwaan terhadap Ahmad Zahid tidak diteruskan selepas mendapati keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong kesemua pertuduhan yang dikenakan.
AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas penelitian menyeluruh terhadap keterangan baharu hasil siasatan lanjut dan terperinci yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#Pemuda UMNO
#SPRM
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan