awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik

Sinar Harian
Sinar Harian
10/02/2024
07:01 MYT
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid keluar dari Istana Kehakiman pada Jumaat. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Pengarah Syariah Amanah, Datuk Dr Hasan Bahrom berkata, Jawatankuasa Syariah parti itu berpandangan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu tidak dikira janggal dan boleh menggugat keutuhan, kedudukan serta kewujudan Mahkamah Syariah di Malaysia.
“Sekali pun ada dalam kalangan kita tidak bersetuju dengan keputusan itu, ia tidak boleh dilihat sebagai elemen penolakan kepada pengukuhan Undang-Undang Syariah.
“Bagaimanapun, ia seharusnya dijadikan asas untuk kita meninjau kembali ruang lingkup kelemahan dan ketidakupayaan Undang-Undang Syariah yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat semula lebih mendalam dan menyeluruh agar ianya tidak lagi bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Pandangan dari Ketua Hakim Negara wajar dijadikan asas konkrit dalam melihat perkara yang dibangkitkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan yang memutuskan sebanyak 16 Seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
Mengulas lanjut, Hasan memaklumkan bahawa Amanah menzahirkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) kerana mengambil tindakan segera untuk mendapatkan keputusan dan penjelasan menyeluruh terhadap kes berkenaan.
Menurutnya, tindakan proaktif itu boleh menjernihkan ketidakfahaman masyarakat berhubung kes yang dibangkitkan.
Pada masa sama, beliau menegaskan, parti itu bersedia untuk bekerjasama dalam menyumbang buah fikiran dan kepakaran kepada mana-mana pihak dalam usaha mengangkat serta memartabatkan Undang-Undang Syariah.
“Jawatankuasa Syariah Amanah, mengajak masyarakat Islam agar menerima keputusan yang diambil oleh Mahkamah Persekutuan itu dengan hati yang tenang dan fikiran terbuka.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kes Nik Elin
#Amanah
#Hasan Bahrom
#mahkamah syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan