awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan Pas tak bubar DUN, pilih PN dibuat tanpa bantahan - Ahmad Fadhli

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/10/2022
08:33 MYT
Keputusan Pas tak bubar DUN, pilih PN dibuat tanpa bantahan - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, pemuda PN telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan jentera pilihan raya dijadual dilancarkan pada 22 Oktober ini - Foto/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memilih mengukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dicapai tanpa sebarang bantahan selepas Pas bermesyuarat lebih empat jam di ibu pejabat pada Khamis.
Begitu pun, Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau tidak boleh mendedahkan alasan Pas untuk tidak membubarkan DUN di Terengganu, Kelantan dan Kedah, sebaliknya memberitahu ia perlu dirujuk kepada kepimpinan tertinggi parti Islam itu.
"Mana ada keputusan yang ada bantahan. (Alasan tak bubar DUN sebab banjir) Itu kena rujuk kepada kepimpinan tertinggi," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, di sini hari ini.
BACA: PRU15: Pas pilih PN, tidak bubar DUN Kelantan, Terengganu, Kedah
Ditanya bilakah perkara tersebut akan dipersembahkan kepada Sultan di tiga negeri, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata: "Itu pun saya tak boleh nak dedahkan lagi."
Ahmad Fadhli menambah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga telah memberi gambaran 'tersurat dan tersirat' mengenai hubungan parti itu dengan UMNO yang terjalin menerusi Muafakat Nasional (MN).
Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Pemuda PN berkata, pemuda telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan jentera pilihan raya dijadual dilancarkan pada 22 Oktober ini.
"Kita mengharapkan lebih ramai anak muda akan ditampilkan tetapi pada akhirnya calon yang berkaliber akan diutamakan. Kami akan buat rundingan secara dalaman untuk tampilkan calon-calon muda.
"Saya juga tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai pertukaran kerusi antara Bersatu dan Pas. Tetapi yang penting kita nak menang (dalam pilihan raya)," kata beliau.
UMNO dan Pas mengisytiharkan pembentukan MN yang membawa agenda penyatuan ummah pada 14 September 2019.
Abdul Hadi dalam kenyataan hari ini berkata Pas memutuskan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam PN, dan ia dibuat atas prinsip penyatuan ummah.
Topic Berkaitan
#Pas tidak bubar tiga DUN
#Pas perkukuh kerjasama dengan Perikatan Nasional
#Hubungan Pas dan UMNO
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan