Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau belum menerima sebarang pemakluman berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bakal diadakan secara tertutup tanpa sebarang liputan media.
Tambahnya lagi, perkara itu di luar pengetahuannya dan perlu dirujuk kepada Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Beliau (Tengku Adnan) belum bawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi. Itu di luar maklumat kami. Saya akan tanya beliau," kata Zahid pada sidang media selepas majlis Pemakaian Pangkat Bersekutu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kepada Pemimpin Muda di bawah Kesateria Muda Keselamatan di sini, pada Rabu.
Zahid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tengku Adnan pada Rabu bahawa UMNO memutuskan supaya perhimpunan parti itu, yang akan berlangsung bulan depan, diadakan secara tertutup tanpa liputan media bagi mengelak isu yang dibincangkan diputarbelitkan pihak tertentu.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan keputusan merasmikan perhimpunan sayap pemuda pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 tiada sebarang niat atau kaitan untuk mendiamkan mana-mana pihak mahupun individu.
Beliau turut mengesahkan membuat permohonan merasmikan sendiri kepada Majlis Tertinggi UMNO.
"Itu permintaan yang datang daripada saya, dan Ketua Wanita, Ketua Puteri sebab perasmian ini tidaklah menjadi sesuatu yang tertulis dalam perlembagaan ataupun peraturan mesyuarat, ia satu konvensyen.
"Tidak ada sebarang niat untuk mendiamkan sesiapa.
"Kami cuma berasa bahawa tahun ini lebih sesuai jika perasmian itu dibuat pada peringkat sayap sendiri," kata Khairy pada sidang media yang sama.
Sehubungan itu, Zahid berkata keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang membenarkan perasmian persidangan sayap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 adalah bagi menghormati permintaan setiap pengerusi berkenaan.
Dania Zainuddin
Wed Nov 25 2015

AHMAD ZAHID: Perkara itu (perhimpunan tertutup tanpa liputan media) di luar pengetahuannya dan perlu dirujuk kepada Setiausaha Agung Parti.

Polis Johor sita dadah hampir RM200 juta, rampasan terbesar dalam sejarah
Polis Johor menumpaskan sindiket antarabangsa dan merampas dadah bernilai hampir RM200 juta yang menjadi rampasan terbesar Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga kini.

'PdPR satu-satunya pilihan yang ada'
Pengajaran dan pembelajaran di rumah atau istilahnya PdPR, merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat guru, murid dan ibu bapa.

Survival paling penting buat masa ini - Bront Palarae
Biarpun baru sahaja memenangi trofi berprestij, Bront bersikap realistik dan tidak mahu membuat jangkaan besar dalam kerjayanya.

Darurat bukan gantung terus sidang Parlimen
Darurat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidaklah terus menggantung sidang Parlimen atau menutup ruang untuk Ahli Parlimen bersuara.

Penyokong politik perlu berani tukar ketua terlibat rasuah - Hussamuddin
Negara kini memerlukan sistem organisasi baharu memandangkan yang ada sekarang sudah gagal untuk memerangi rasuah malah negara memerlukan orang baharu untuk memimpin juga.

Laporan khas | Lagi khazanah alam musnah dek pembangunan
Lihatlah keadaan sekarang.. Menyedihkan.. menyakitkan mata dek kerana pembangunan yang dikatakan lestari, tetapi indah khabar dari rupa.

Jawatankuasa bebas | DAP sedia beri kerjasama
Ahli Parlimen Bagan itu mengingatkan Perdana Menteri agar tidak mengambil kesempatan terhadap niat pembangkang sebagai jalan “meluluskan” keputusan yang bertentangan dengan Perlembagaan

Pengorbanan | Tinggal di kampung Orang Asli selepas berkahwin
Sanggup mengubah kehidupan dan meninggalkan kehidupan selesa di bandar. Itu yang dilakukan Nur Amalina Ismail, 29 tahun selepas dia mengahwini Orang Asli dan menjalani kehidupan di perkampungan di Kampung Plug, Pos Tuel, Gua Musang Kelantan bersama suaminya Mohd. Fardhu Angah dari suku kaum Temiar.
![[INFOGRAFIK] Operasi sekolah dan institut pendidikan seluruh negara [INFOGRAFIK] Operasi sekolah dan institut pendidikan seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/9372941391610869056569/1885949_8967789641610869430592_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Operasi sekolah dan institut pendidikan seluruh negara

AWANI Ringkas: Jawatankuasa bebas: DAP sedia kerjasama | Darurat: Ada klausa benarkan sidang Parlimen

Segera adakan pemilihan parti - Pemuda UMNO Kota Raja
Menurutnya, pemilihan segera perlu dilakukan agar hala tuju parti dapat ditentukan oleh mereka yang dipilih.

Pemikiran setiap pemimpin, akar umbi UMNO perlu senada - Zahid Hamidi
Jelasnya, pemikiran yang saksama ini penting bagi mengelakkan berlakunya percanggahan atau kekeliruan ketika sebarang kenyataan dikeluarkan.

MKT UMNO sudah setuju putus kerjasama dengan Bersatu... - Zahid Hamidi
Keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 31 Januari depan.

Cari medan lain keluarkan kenyataan - Mahdzir Khalid
Tindakan mengeluarkan kenyataan secara terbuka disifatkan sebagai satu perkara yang amat tidak sesuai dilakukan ketika ini.

Mungkin sudah tiba masanya lantik TPM dari UMNO - Penganalisis
Mungkin dengan pelantikan itu, ia sedikit sebanyak dapat meredakan tekanan dan kritikan daripada pemimpin kanan UMNO.

UMNO bawa usul putus hubungan dengan Bersatu pada PRU15 dalam Perhimpunan Agung - Shahril
UMNO akan membawa usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari depan.

Keputusan pemimpin UMNO keluar PN akan dimuktamadkan malam esok?
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi gambaran bahawa sebarang keputusan pemimpin UMNO keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional akan ditentukan esok dalam Mesyuarat Kerja Tertinggi.

Annuar Musa dijangka adakan sidang media esok
Tan Sri Annuar Musa dijangka mengadakan sidang media susulan isu pemecatan beliau sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN).

Kegagalan bekal 6 kapal peronda bernilai RM9 bilion, PAC akan panggil Zahid Hamidi
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen akan memanggil Ahmad Zahid Hamidi bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda.

Sultan Nazrin perkenan pelantikan Saarani sebagai MB Perak. Ini latar belakang Saarani
Perkara tersebut dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta.