Skip to main content

Dunia

Trump mahu isytihar Selat Hormuz sebagai wilayah AS, Iran bantah

Sumber: REUTERS
Trump berkata pentadbirannya akan menuntut hak kedaulatan ke atas laluan air strategik itu yang menjadi laluan utama perdagangan minyak mentah, gas asli dan produk baja dunia. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan rancangan untuk mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai sebahagian daripada 'wilayah' negaranya ketika ketegangan dengan Iran terus meningkat.

Ketika berucap pada satu perhimpunan politik di New York, Trump berkata pentadbirannya akan menuntut hak kedaulatan ke atas laluan air strategik itu yang menjadi laluan utama perdagangan minyak mentah, gas asli dan produk baja dunia.

Langkah berkenaan dibuat ketika konflik melibatkan AS, Israel dan Iran dilaporkan berterusan sejak penghujung Februari lalu susulan siri serangan ketenteraan yang mencetuskan tindak balas daripada Tehran.

Bagaimanapun, kenyataan Trump itu dijangka menambah ketegangan di Asia Barat, khususnya ketika isu kawalan terhadap Selat Hormuz terus menjadi pertikaian utama di antara Washington dan Tehran.

Selat Hormuz merupakan antara laluan maritim paling penting di dunia, dengan sebahagian besar perdagangan minyak dan gas global melalui kawasan berkenaan.

Bulan lalu, Trump turut mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan peranan lebih besar AS dalam mengawal keselamatan laluan itu, termasuk cadangan mengenakan yuran transit kepada kapal perdagangan yang melaluinya.

Pakar undang-undang antarabangsa berkata sebarang kutipan yuran sedemikian boleh mencetuskan persoalan berkaitan undang-undang maritim antarabangsa dan hak kebebasan pelayaran di selat antarabangsa.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Luar Iran bagi Hal Ehwal Undang-Undang dan Antarabangsa, Kazem Gharibabadi, menolak kenyataan Trump menerusi hantaran di media sosial.

Beliau berkata Selat Hormuz tidak boleh dirampas menerusi ciapan, kapal pengangkut pesawat, perintah eksekutif atau ucapan pilihan raya.

"Selat Hormuz adalah milik Iran, kekal milik Iran dan akan terus menjadi milik Iran," katanya.

Beliau turut menegaskan Iran tidak akan tunduk kepada ancaman atau demonstrasi kekuatan ketenteraan mana-mana pihak luar.

 

Must Watch Video

Advertisement