Kerajaan campuran dengan gabungan dari beberapa parti berkemungkinan besar akan mentadbir Johor.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata pada ketika gabungan baharu kerajaaan diperlukan untuk mentadbir kerana Johor sudah tiada kerajaan pada ketika ini.

Namun, katanya gabungan baharu yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada gabungan parti Barisan Nasional (BN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Laporan itu (daripada sebuah portal berita) saya hanya menyatakan bahawa pertama, Johor sudah tiada kerajaan.

"Kedua, Johor perlu mempunyai gabungan baharu. Gabungan ini bukan sahaja dari BN dan Bersatu, tetapi dari parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Tetapi yang pasti, BN tidak akan bekerjasama dengan DAP. Kita akan ikut apa tindakan yang berlaku di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.

Jelas Hasni, ia sama yang terjadi di negeri Perak, Melaka dan Kedah.

"Kalau mereka cakap BN bersama dengan Bersatu membentuk pentadbiran negeri ini, adakah Bersatu bukan kerajaan campuran? Jadi, , ia tetap kerajaan campuran,",katanya.

Difahamkan pada ketika ini Johor mempunyai 56 bilangan kerusi Ahli Dewan Negeri (DUN) yang mana selepas bersatu keluar PH menjadikan jumlah kerusi itu 28-28.