Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara Mac lepas membuktikan bahawa mereka mendapat 'bilangan yang mencukupi' dan keyakinan ahli parlimen di Dewan Rakyat.
Ini ternyata apabila usul untuk memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar Azizan Harun pada Isnin mendapat sokongan majoriti ahli parlimen walaupun mendapat bantahan pembangkang.
Tuduhan liar kononnya PN kerajaan 'pintu belakang' dan tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen ternyata meleset kerana ia berjaya memilih Azhar Azizan sebagai speaker baharu menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff selepas mengharungi perdebatan yang hangat.
Usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff dibentangkan oleh Muhyiddn yang memperolehi 111 undi, sementara dibangkang oleh 109 ahli parlimen.
Dua ahli parlimen tidak mengundi iaitu ahli parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak) tidak hadir berikutan masalah kesihatan dan ahli parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon, yang mengendalikan mesyuarat.
Proses di Parlimen yang disiarkan secara langsung melalui Youtube Parlimen Malaysia itu ditonton oleh ramai rakyat yang mahu melihat perkembangan terkini PN sebagai kerajaan yang sah.
"Majoriti ini tetap satu ketetapan untuk meluluskan usul itu (menggantikan Speaker Dewan Rakyat). Ia tetap undi majoriti (merujuk kepada dua undi diperolehi PN)," jelas pakar undang-undang dan perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz.
Apa yang pasti, menurut Dr Shamrahayu, penukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat itu sah di sisi undang-undang walaupun mendapat tentangan pakatan pembangkang dan ahli parlimen bebas.
Bantahan pembangkang terhadap usul itu semata-mata kerana ingin menonjolkan bahawa perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah persidangan Dewan Rakyat selain alasan kerajaan untuk menukar speaker kerana ada calon lain adalah tidak kukuh.
Pihak kerajaan pula mempertahankan usul itu dengan hujah ia menepati Perkara 57 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dilakukan pada bila-bila masa dipilih berdasarkan kepada tiga keadaan.
Pertama apabila Dewan Rakyat bermesyuarat kali pertama selepas pilihan raya umum; kedua, Speaker boleh ditukar apabila beliau berhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat melainkan sebab oleh pembubaran; dan ketiga, jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan sedemikian.
Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian pula berkata PN berhujah menggunakan perlembagaan dan peraturan mesyuarat.
"Ianya bukan soal speaker lama tak layak (menduduki kerusi itu)... pembangkang ada hak untuk bertanyakan serta memainkan peranan mereka untuk semak dan imbang," kata Dr Sivamurugan yang juga profesor sosiologi politik.
Apapun yang pasti, pengundian hari ini bukan sekadar menyaksikan penukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat tetapi jelas membuktikan PN mempunyai majoriti kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 13 2020

Tuduhan kononnya PN kerajaan 'pintu belakang' dan tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen ternyata meleset kerana ia berjaya memilih Azhar Azizan (gambar) sebagai speaker baharu menggantikan Mohamad Ariff. --fotoBERNAMA
![AWANI 7:45 [25/02/2021]: Dakwaan murtadkan isteri | Selangor mulakan program imunisasi AWANI 7:45 [25/02/2021]: Dakwaan murtadkan isteri | Selangor mulakan program imunisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892533/574697281614258887606_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [25/02/2021]: Dakwaan murtadkan isteri | Selangor mulakan program imunisasi
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda. Fokus #AWANI745: - Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan syariah. - Keterangan bapa kakak diambil lelaki dakwa murtadkan isteri. - Kadar pengangguran dikurangkan pada 4.8 peratus. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19 Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 25 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Agenda AWANI: Memahami faedah vaksin COVID-19
Lindungi diri, lindungi semua. Pertingkatkan lagi pemahaman kita mengenai faedah vaksin COVID-19. Diskusinya bersama Nazri Kahar dan Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng.

Agenda AWANI: SOP ibadah umrah norma baharu
Pastinya ramai umat Islam rindu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Apakah SOP yang telah digariskan oleh kerajaan Arab Saudi kepada mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah? Diskusi Nazri Kahar bersama Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Sevices Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

AWANI Ringkas: ADUN Sebatik umum keluar Warisan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Peniaga gulai itik parah, perut terburai di dalam kereta
Seorang peniaga warung makan berusia 59 tahun ditemui cedera parah dengan perut terburai akibat ditikam orang tidak dikenali dalam kejadian samun di Jalan Lencongan Timur Sungai Petani awal pagi Khamis.

MyFutureJobs | Kerajaan sasar kenaikan 20 peratus penempatan pekerjaan
Kementerian Sumber Manusia meletakkan sasaran kenaikan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam penempatan pekerja menerusi MyFutureJobs, tahun ini berbanding tahun lalu.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892524/8967789641614256142621_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)

Thailand terima bekalan pertama vaksin China
Thailand menerima kumpulan pertama 200,000 dos vaksin Sinovac keluaran China dengan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-Cha akan menjadi individu pertama disuntik diikuti petugas barisan hadapan dan golongan mudah terjejas.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 25 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Proklamasi Darurat: Parlimen Malaysia teruskan proses semak, imbang - Azhar Azizan
Parlimen Malaysia akan terus menjalankan fungsinya di dalam proses semak dan imbang sebagai institusi unggul badan perundangan negara, kata Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Azhar, Azalina kekal sebagai Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Datuk Ahmad Kamal membenarkan permohonan Azhar, Azalina dan dua yang lain untuk membatalkan saman pemula yang dikemukakan Dr Mahathir.

RUU Perbekalan 2021 lulus di Dewan Rakyat
Ia selepas dua percubaan pihak pembangkang untuk memanggil undian belah bahagian diperingkat akhir jawatankuasa dan sebelum bacaan ketiga, gagal.

COVID-19: Menteri Kesihatan tamat perintah HSO - Speaker
Sebelum ini, Ahli Parlimen Tenggara itu menjalani HSO selama 10 hari seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Tiga Ahli Parlimen diarah pakai PPE, dibawa menggunakan ambulans
Ia bagi memastikan tahap keselamatan para petugas dan bentara yang mengiringi Ahli-ahli Parlimen tersebut.

Pelan rancangan pulih aliran tunai Felda dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Perdana Menteri.

COVID-19: Beberapa ahli Parlimen kerajaan, pembangkang jalani kuarantin di rumah
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan perkara itu namun tidak dapat memperincikan jumlah mereka yang terlibat.

RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi lulus
Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi diluluskan pada Selasa.

Undi belah bahagi Belanjawan 2021: 'Saya mohon maaf, sedia dihukum' - Salahuddin
Salahuddin mengakui kesilapannya kerana tidak bangun untuk menyokong usul undi belah bahagi yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Belanjawan 2021: 'Jangan tuduh saya yang bukan-bukan' - Azhar Azizan
Sidang Dewan Rakyat tegang seketika apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meninggikan suara ketika sesi penggulungan Kementerian Kewangan berkaitan RUU Perbekalan 2021 hari ini.