awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jalan Pantai Bersih tidak terlibat permohonan penukaran nama, hanya jalan cabang - Exco
Perdagangan Malaysia-ASEAN naik 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk Jan-Nov 2025 - MITI
WEF2026: Empat realiti AI yang sering disalah faham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu jujur, telus dan terbuka - Hamzah

Faida Rahim
Faida Rahim
06/09/2025
04:50 MYT
Kerajaan perlu jujur, telus dan terbuka - Hamzah
Hamzah menekankan bahawa prinsip keterbukaan atau 'candour principle' perlu diamalkan dalam pentadbiran negara. - Gambar/ Astro AWANI
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menggesa kerajaan agar tidak terus beretorik dalam menangani isu rakyat, sebaliknya menunjukkan kejujuran dan ketelusan dalam tindakan.
Berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali kelapan di Shah Alam, Selangor, beliau menekankan bahawa prinsip keterbukaan atau 'candour principle' perlu diamalkan dalam pentadbiran negara.
“Saya sudah menegur kerajaan hari ini, 'walk the talk’. Jangan sekadar retorik, jangan cakap lain tapi buat lain. Berterus terang dan amalkan candour principle,” tegasnya.
Hamzah turut membidas kerajaan berhubung isu kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat, termasuk penarikan subsidi dan kenaikan harga barang keperluan.
“Masalah kos sara hidup tidak ditangani. Sudahlah rakyat susah, subsidi pula ditarik. Mereka sibuk dengan angka inflasi 1.1 peratus. Mereka tidak lihat inflasi makanan yang naik hingga 3.3 peratus di Lembah Klang. Harga ikan kembung, contohnya, sekarang sudah lebih RM20 sekilo,” ujarnya.
Hamzah turut menegaskan polemik politik di Sabah dan Semenanjung menunjukkan pola yang cukup berbeza justeru membangkitkan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat.
Dalam masa sama, Hamzah menyelar permainan politik semasa yang disifatkannya sebagai "politik cinta tiga segi di Sabah" dan "saling mencaci di Semenanjung".
Beliau menekankan keperluan membina Malaysia berlandaskan prinsip keadilan, kesaksamaan dan kesejahteraan sejagat agar nikmatnya dapat dikongsi seluruh rakyat.
Katanya, Bersatu mesti dinamik dan memiliki kekuatan moral sebagai kompas kepimpinan.
“Rakyat sudah tidak sabar lagi, rakyat sudah kecewa. Lautan manusia bangkit bersuara di Dataran Merdeka,” dakwanya.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#kos sara hidup
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan