KUALA LUMPUR: Rakyat dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu mendakwa, kerajaan PN masih lagi mempunyai sokongan majoriti daripada Ahli-ahli Parlimen pelbagai parti termasuk daripada PKR.
Tegas beliau, dalam masa sama, rakyat juga sudah serik melihat negara ini diperintah di bawah Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.
“Kita ingin menasihati Ahli-ahli Parlimen pembangkang supaya tidak mengalih perhatian dalam usaha membantu rakyat, memerangi pandemik COVID-19 serta membaiki ekonomi, kepada isu mendapatkan kuasa.
“Kita tidak mahu PH ambil alih kerajaan. Kalau Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meletak jawatan sudah tentu yang memerintah semula adalah PH. Rakyat sudah serik dengan 22 bulan pembohongan PH dan apabila Parlimen (kembali), mereka mengalihkan isu untuk menjatuhkan kerajaan,” kata Ahli Parlimen Padang Besar itu lagi dalam sidang media yang diadakan di RTM pada Selasa.
BACA: Kerajaan PN masih dapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen - Ismail Sabri
BACA: 40 Ahli Parlimen BN kekal sokong Muhyiddin Yassin
Selain itu, Zahidi berkata, beliau mengesahkan apa yang diperkatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bahawa PN mempunyai sokongan daripada 40 Ahli Parlimen BN.
Tambahnya lagi, terdapat perbincangan yang sedang berlangsung untuk menambah lagi sokongan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen, namun tiada perincian diberikan.
“Yang menyokong kerajaan PN adalah 40 orang. Dan kita sedang negotiate lagi, satu dah keluar iaitu Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah).
"Tiga lagi (Ahli Parlimen) dari PKR... saya tak tahu siapa tapi bertambah termasuk Datuk Seri Xavier Jayakumar dan sebagainya.
“(Jadi) ada pertambahan, tiada pengurangan. Kurang satu dua, tapi kita tengah berbincang, kalau boleh Presiden UMNO sokonglah,” katanya lagi
Dalam pada itu, Zahidi menyarankan agar UMNO terus memberi kepercayaan kepada Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti serta tidak mengkhianati kerajaan yang ditubuhkan bersama.
Sementara itu, Zahidi berkata, saranan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menyokong PN, tetapi tidak menyokong Perdana Menteri adalah tidak praktikal.
“Kerana kalau kita bersama Bersatu tapi tidak sokong Presiden Bersatu ini tidak praktikal. Sokong Pas tidak sokong (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak praktikal.
“Kalau ahli-ahli UMNO nak amal dalam UMNO (sendiri) sokong UMNO tapi tak sokong Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), kita boleh cuba,” katanya lagi.
Zahidi berkata, adalah penting untuk semua pihak bersama-sama dengan Bersatu dan PN supaya kerajaan boleh memberi tumpuan kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk keluar dari kemelut pandemik COVID-19 serta krisis ekonomi negara.
Pada Isnin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi dakwaan bahawa kerajaan PN kini sudah tumbang.
"Kerajaan Mahiaddin (Muhyiddin) telah jatuh, tumbang hari ini. Saya mendapat maklumat ada Ahli Parlimen yang minta keluar daripada Perikatan Nasional (PN).
"Dengan 107 (Ahli Parlimen) di sini campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan," katanya ketika berucap semasa berkumpul bersama Ahli Parlimen lain dari blok pembangkang di Dataran Merdeka di ibu negara, pada Isnin.
BACA: Anwar dakwa PN kini tiada majoriti
Firdaus Azil
Tue Aug 03 2021
Zahidi menyarankan agar UMNO terus beri kepercayaan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti dan tidak mengkhianati kerajaan yang ditubuhkan bersama. - Gambar fail
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Zahidi hantar borang keahlian tapi bukan Pas, PN
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan telah menghantar borang keahlian untuk memohon menyertai sebuah parti, namun bukan Pas.
Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi
Beliau berkata, bila saya dipecat saya tidak mahu bermusuh sebaliknya masih bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain.
PRU15: Shahidan, Ismail, Zahidi, Azhar dialu-alukan sertai Pas
Setiap calon terbabit memiliki kelebihan masing-masing dan Pas tidak menolak sekiranya pemimpin berkenaan berminat untuk menyertai parti itu atau mana-mana parti di bawah gagasan PN.
PRU15: UMNO gugur keahlian Shahidan, Zahidi, dua yang lain
Turut digugurkan Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Azhar Ahmad (DUN Kuala Perlis).
PRU15: 'Ribut politik Perlis', Shahidan sah di Arau, di mana Zahidi?
Sehingga ke saat ini, kedudukan Zahidi Zainul Abidin masih menjadi tanda tanya.
PRU15: UMNO Padang Besar tak setuju calon 'payung terjun', Zahidi tawar diri
Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin akan mempertahankan kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PRU15: Kedudukan Shahidan, Zahidi diketahui hari ini atau esok
Sebelum ini, timbul desas-desus Azlan yang juga Menteri Besar akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.
PRU15: Bincang dengan CSM usaha cegah pencerobohan siber semasa pilihan raya
Ia sebagai antara langkah untuk mendepani cabaran pencerobohan siber ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO Padang Besar cadang MB Perlis daripada kalangan wanita
Zahidi juga menyeru Wanita UMNO supaya bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU15.