[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
POLITIK

Kerajaan PN masih sah, akan terus tunaikan tanggungjawab - Takiyuddin

Astro Awani 10/01/2021 | 09:05 MYT
Takiyuddin berkata apa yang penting kerajaan Perikatan Nasional berfungsi dengan baik sejak Mac 2020. - Gambar fail
SETIU:Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tergugat dengan penarikan sokongan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PN dengan sokongan 110 ahli parlimen masih sah sebagai kerajaan dan akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negara.
"Saya dapat maklumat penarikan sokongan itu menerusi media semalam. Saya juga tidak faham matlamat atau niat beliau itu macam mana… apapun kerajaan yang ada sekarang ini sah dan mempunyai bilangan (Ahli Parlimen) yang cukup.
“Yang penting ialah kerajaan ini berfungsi dengan baik sejak bermula pada Mac hingga sekarang. Rakyat juga boleh melihat bagaimana kerajaan sedia ada ini berfungsi dengan baik. Jadi kami (kerajaan) akan terus berkhidmat melalui organisasi kerajaan di semua peringkat,” katanya.
Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu, di sini, pada Ahad.
BACA: PN hilang majoriti, Muhyiddin perlu segera menghadap Agong, kata MP PKR
BACA: Wanita PKR cabar Muhyiddin benarkan PAU
BACA: Kerajaan Muhyiddin masih sah, UMNO perlu tentukan benarkan ahli tarik sokongan - Penganalisis
Pada Sabtu, Ahmad Jazlan dari Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Selain itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa lebih ramai ahli Parlimen UMNO dijangka mengikut jejak langkah Ahmad Jazlan dan menarik sokongan terhadap kerajaan.
BACA: Beberapa lagi MP UMNO mungkin tarik diri sokong PN - Tajuddin Rahman
Ahli Parlimen Machang tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
#Takiyuddin Hassan #Ahmad Jazlan Yaakub #Muhyiddin Yassin #UMNO #PAS #Bersatu #Perikatan Nasional #sokongan