KUALA LUMPUR:Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi sah, dan boleh meneruskan pentadbiran negara.
Walaupun ada pihak mengatakan Perdana Menteri sudah hilang majoriti, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, gabungan di bawah PN masih mempunyai jumlah yang besar berbanding pembangkang.
Katanya, pembangkang setakat ini masih belum dapat menunjukkan bahawa mereka mempunyai sokongan kukuh.
"Jadi, selagi itu kerajaan ini masih lagi kerajaan sah di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, apatah lagi kita melihat perincian di bawah Perkara 43 Perlembagaan dengan jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri itu harus seorang yang mendapat majoriti dan kepercayaan dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.
"'Itu jelas di bawah prerogatif mutlak yang ada pada Yang di-Pertuan Agong untuk sama ada menerima peletakan jawatan Perdana Menteri, membubarkan Parlimen atau melantik seorang lagi Perdana Menteri, jika merasakan ada calon lain yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Ahad.
BACA: PN hilang majoriti, Muhyiddin perlu segera menghadap Agong, kata MP PKR
BACA: Wanita PKR cabar Muhyiddin benarkan PAU
BACA: Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Jelasnya lagi, tiada mana-mana pihak yang tampil menyatakan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, seperti mana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Ahmad Jazlan Yaakub pada Sabtu.
Justeru, Sivamurugan berkata, UMNO perlu menentukan adakah parti itu membenarkan ahlinya menarik sokongan sebegitu sahaja, atau ia perlu dibuat secara 'en bloc'.
"Ya kita sudah melihat bahawa UMNO menyatakan hasrat untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
"Sebab itu saya rasakan UMNO mahukan PRU-15 disegerakan supaya boleh bergerak ke pilihan raya untuk menentukan siapakah yang harus mentadbir urus negara dan menentukan calon Perdana Menteri mereka," katanya.
Ketika ini Muhyiddin memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahmad Jazlan menyatakan tidak lagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu.
Hasimi Muhamad
Sun Jan 10 2021

Sivamurugan berkata, UMNO perlu menentukan adakah parti itu membenarkan ahlinya menarik sokongan sebegitu sahaja, atau ia perlu dibuat secara 'en bloc'. - Gambar fail

Morbidelli letak sasaran lebih tinggi dalam musim ketiga bersama SRT
Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak 2019 itu bertekad untuk menjadi juara apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M.

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Arab Saudi wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah haji tahun ini
Menteri Kesihatannya berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Amerika Syarikat jangka semua warga dewasanya divaksin akhir Mei ini
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjangkakan semua orang dewasa di negara itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Mei ini.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

'Putus hubungan dengan Bersatu sebelum Parlimen bersidang' - Ku Li
Majlis Tertinggi UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan pendirian mereka sama ada ingin meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beri peluang Muhyiddin tadbir negara tanpa tekanan politik - PAMJ
Rakyat perlu memberi ruang dan peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mentadbir negara, tanpa tekanan politik.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

Permohonan i-Sinar sebelum 25 Februari terima bayaran mulai hari ini - KWSP
KWSP dalam satu kenyataan, meminta pemohon bersabar kerana proses meluluskan permohonan itu sedang berjalan.

Syarikat pengeluar kertas, ND Paper tambah pelaburan RM5.4 bilion di Malaysia
Pelaburan ini akan menjana 2,180 peluang pekerjaan dengan hampir 90 peratus adalah rakyat tempatan - PM

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.

PN, BN 'berpecah', peluang cerah buat PH kembali ke Putrajaya - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP itu yakin rakyat mula sedar sumbangan Pakatan Harapan semasa mentadbir negara.

Larry Sng buat keputusan tepat sokong Muhyiddin. - Naib Presiden PBB
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan tindakan Larry Sng menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu keputusan tepat

Kepimpinan Muhyiddin sepatutnya diteladani orang bawahan - Penganalisis politik
Sepatutnya corak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin menjadi ikutan orang-orang di bawahnya, membantu mengekalkan standard kerajaan PN.