awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan PN perlu dikekalkan kerana berjaya tangani isu kesihatan, ekonomi - MB Kedah

Bernama
Bernama
23/09/2020
14:54 MYT
Kerajaan PN perlu dikekalkan kerana berjaya tangani isu kesihatan, ekonomi - MB Kedah
Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri Kedah menyambut baik pengumuman pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) oleh Perdana Menteri. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan yang ada pada hari ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dikekalkan, kerana telah terbukti berjaya menangani krisis kesihatan dan ekonomi dengan cekap dan efisien, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.
Katanya di bawah kepimpinan Muhyiddin, Malaysia bukan sahaja menjadi antara negara terbaik mengekang penularan wabak COVID-19, malah menunjukkan trend pemulihan ekonomi yang meyakinkan dengan kadar pemulihan daripada penguncupan (ekonomi) sebanyak 25.4 peratus dalam tempoh tiga.
"Mudah-mudahan matlamat untuk ekonomi negara kita berkembang pada tahap 5 hingga 8 peratus pada tahun hadapan, dapat dicapai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri Kedah menyambut baik pengumuman pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) oleh Perdana Menteri dalam perutusan khas, petang tadi.
Muhammad Sanusi berkata, peruntukan Geran Khas Prihatin sebanyak RM600 juta, Subsidi Upah 2.0 berjumlah RM2.4 bilion dan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bernilai RM7 bilion, adalah bukti keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional terhadap kesukaran hidup rakyat, terutama di peringkat bawah dalam menghadapi situasi sukar akibat pandemik COVID-19.
"Kita juga akan memberi sepenuh perhatian terhadap pesanan untuk kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dipertingkatkan, bagi memastikan negara dapat segera keluar daripada zon yang mencabar ini.
Beliau turut berharap inisiatif terbaharu yang diumumkan perdana menteri itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat Kedah, yang sebilangannya masih terjejas teruk oleh COVID-19 untuk berbelanja dengan sebaik mungkin mengikut keutamaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kerajaan PN
#MB Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Perikatan Nasional
#PRIHATIN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan