awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan PN sentiasa junjung institusi Raja Berperlembagaan - Wanita PN

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2021
13:34 MYT
Kerajaan PN sentiasa junjung institusi Raja Berperlembagaan - Wanita PN
Wanita PN turut menyeru semua pihak untuk kembali fokus kepada agenda utama negara iaitu memerangi COVID-19.
KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa menjunjung institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di Malaysia.
Wanita Perikatan Nasional (PN) dalam satu kenyataan berkata, prinsip itu sentiasa menjadi pedoman kepada kerajaan dan tidak akan sekali-kali menderhaka kepada institusi Yang di-Pertuan Agong dalam kerangka Perlembagaan Negara.
Menurut kenyataan itu, Wanita PN juga menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan yang memerintah.
BACA: Agong zahir dukacita, pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum perkenan Baginda
IKUTI SISI TV PARLIMEN DI SINI
“Pada hemat kami, Perdana Menteri telah memimpin negara dengan sehabis baik dalam suasana yang sangat mencabar ekoran pandemik COVID-19 yang berskala global.
“Atas sifat taat dan setia kepada Seri Paduka Baginda jugalah Perdana Menteri telah menzahirkan titah Baginda agar diadakan Sidang Khas Parlimen yang sedang berlangsung sekarang ini.
“Segala urusan telah diatur mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang niat untuk menyalahinya,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan bersama Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Saleh; Ketua Wiranita STAR, Evelyn Gobile; Ketua Wanita SAPP, Irene Chan Kam Lan dan Ketua Wanita Nasional Gerakan, Janice Wong Oi Foon.
Ordinan Darurat | Agong zahir dukacita, pembatalan tidak diperkenan
Wanita PN turut menyeru semua pihak untuk kembali fokus kepada agenda utama negara iaitu memerangi COVID-19.
Astro AWANI pada Khamis melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan.
BACA: Apabila Darurat tidak akan disambung, Kerajaan nasihati Agong batal semua Ordinan - PMO
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.
Darurat Tamat | Pengumuman jelas mengelirukan
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PM
#Agong
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah
#Parlimen
#Perdana Menteri
#undang-undang
#Takiyuddin Hassan
#Ordinan Darurat
#darurat
#pembatalan
#revoke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan