awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak khuatir keputusan PRK Kemaman, terus usaha sampaikan khidmat kepada rakyat

Bernama
Bernama
03/12/2023
02:45 MYT
Kerajaan tidak khuatir keputusan PRK Kemaman, terus usaha sampaikan khidmat kepada rakyat
Kerajaan Perpaduan tidak khuatir dengan kemenangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan calon Pas pada PRK Kemaman, semalam, kata Fahmi Fadzil. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan tidak khuatir dengan kemenangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam, kata Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pihak kerajaan akan berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan khidmat kepada rakyat, termasuk di Kemaman tidak akan diabaikan.
"... tetapi penting signalnya di sini nampaknya seperti Pas sangat yakin, dan ada calon Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita pada program Run Hack: Scam Alert 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Semalam, Pas mengekalkan status quo di Kemaman selepas calonnya Ahmad Samsuri memenangi PRK Parlimen itu dengan majoriti 37,220 setelah memperoleh 64,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi. - BERNAMA
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kemaman
#Kerajaan Perpaduan
#kerajaan tidak khuatir
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan