KUALA LUMPUR: UMNO didakwa berada di ambang kehancuran selepas keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memecat Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar serta menggantung beberapa ahli lain termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib berkata, kerakusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah Malaysia sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO.
Beliau berkata, ada pihak berpandangan bahawa Ahmad Zahid mempunyai agenda tersembunyi untuk menggabungkan UMNO dan PKR sebagai satu parti.
"Cara untuk perkahwinan ini berjaya ialah memecat atau menggantung ahli UMNO yang pada hemah Ahmad Zahid akan menjadi duri dalam daging," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mesyuarat MKT semalam memutuskan memecat bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan bekas ahli Parlimen Rembau itu berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuk Hishammuddin; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif, dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
Turut dipecat, lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO dari negeri Pahang.
Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN), dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15.
Mengulas lanjut, Kartini berkata, ada juga pandangan yang mengandaikan pembersihan dalaman UMNO adalah untuk menghidupkan semula parti menjadi lebih kuat, ibarat burung phoenix yang harus mati dahulu sebelum dibangkitkan semula (resurrection).
Bagaimanapun, kata beliau, pandangan itu boleh dibahaskan secara moral.
"Apa pun motif Ahmad Zahid, tindakan beliau memecat KJ, Noh Omar, menggantung Hishammuddin dan beberapa pemimpin lain tidak dihargai ahli UMNO dan orang Melayu.
"UMNO akan terus ditolak dan PRN negeri akan menentukan masa depan UMNO yang kelihatan hitam gelap di hadapan," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditanya berhubung keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu enggan memberi sebarang komen, namun akan menjawab mengenai isu tersebut dalam suatu majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.
BACA: Pembersihan UMNO: 'Tunggu saya jawab' - Ahmad Zahid
BACA: Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
BACA: Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Astro Awani
Sat Jan 28 2023

Kartini Aboo berkata, kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai presiden yang menghancurkan UMNO. -Gambar fail/UKM

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib [TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016504/7377782631680238540358_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib

Lelaki pukul imam diarah jalani pemeriksaan mental
Ahmad Paijan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan ditanya sama ada faham atau tidak, hanya menjawab 'saya terdengar suara'.

China-AS: 'Saya tidak menentang sesiapa' - PM Anwar
Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.

Kes SRC : Tiada sesiapa yang kebal undang-undang - V. Sithambaram
Keputusan Mahkamah Persekutuan menujukkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermotifkan politik oleh pihak pendakwaan. "Tiada sesiapa yang kebal undang-undang," katanya. #AWANInews

Insentif pertama kali buat anggota sukarelawan, petunjuk baharu perhatian kerajaan
Pemberian bantuan Aidilfitri bernilai RM300 kepada lebih 200,000 sukarelawan agensi penguat kuasa dilihat sebagai petunjuk baharu bahawa kumpulan berkenaan sentiasa diberi perhatian.

Pantau Belanjawan: Inisiatif memperkasa kerjaya wanita

Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Labuan untuk lawatan tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan tiga hari di Labuan.

Kerajaan cadang perkenal e-invois tahun depan, pastikan tiada pihak elak cukai
Penggunaan kaedah invois elektronik (e-invois) mampu memacu pendapatan negara dengan lebih positif, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

JDT yakin terus dominasi, perhitungan 'Raja Lembah Klang' KL-Selangor
SELEPAS lebih seminggu Liga Super berehat, minggu ini saingan kembali dengan menampilkan susunan perlawanan mengagumkan.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

Jawatankuasa Pilihan Khas perlu diberi tumpuan dalam perbahasan Parlimen - Penganalisis
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah antara tujuh Tawaran Transformasi dan Pentadbiran Kerajaan yang perlu diberi tumpuan utama.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.

Pandangan parti tidak membolehkan Parlimen terbubar - Penganalisis
Pandangan parti tidak membolehkan Parlimen terbubar kerana ia mewakili parti, bukannya Ahli Parlimen.

Wanita dan politik: Lihat sebagai pelengkap, bukan jadi pesaing
Kebanyakan kajian gender berpaksikan alat analsis barat, bermasalah kepada masyarakat yang tebal unsur kepercayaan adat dan adab seperti di Jepun dan Malaysia.

Tiada parti boleh mentadbir negara secara solo - Dr Kartini
Tidak ada mana-mana parti yang boleh mentadbir secara solo di negara ini, kata Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib.

Politik Perak: Tiada penjajaran jelas PN-MN antara punca kemelut politik Perak - Pakar
Tiada penjajaran yang jelas diantara Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) dilihat antara punca kemelut politik terus berlarutan di negeri Perak.

Politik Malaysia tidak menuju ke arah gerontokrasi
Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata peralihan kuasa politik kepada golongan lebih muda dilihat bersifat semula jadi dan bukannya secara radikal.

Gencatan politik perlu demi keselamatan rakyat
Gencatan politik dalam keadaan negara berhadapan ujian getir pandemik COVID-19 dilihat perlu kerana ia melibatkan soal keselamatan rakyat.

Sukan medium yang baik menyatukan rakyat
Menteri Belia dan Sukan baru Khairy Jamaluddin telah menyeru orang ramai, terutamanya belia untuk mengetepikan perbezaan politik mereka dan menyumbangkan idea untuk kebaikan industri sukan.