awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjaya 'jurutera prom' tidak lagi relevan

Amanz
Amanz
29/04/2025
04:30 MYT
Kerjaya 'jurutera prom' tidak lagi relevan
Kerjaya "jurutera prom" yang popular pada awal peningkatan ChatGPT kini tidak lagi relevan kerana model kecerdasan buatan semakin pintar. -Amanz
KETIKA populariti ChatGPT mula meningkat naik sejak penghujung 2022, salah satu kerjaya atau jawatan yang hangat diperkatakan adalah “jurutera prom”, merujuk kepada pengguna yang bijak dalam menulis teks dan kata kunci sesuai untuk membolehkan sesuatu model kecerdasan buatan menghasilkan sesuatu selari kehendak dan keperluan syarikat.

Ringkasan AI
  • Kerjaya "jurutera prom" yang popular pada awal peningkatan ChatGPT kini tidak lagi relevan kerana model kecerdasan buatan semakin pintar.
  • Syarikat menyediakan latihan kepada pekerja sedia ada untuk memahami model kecerdasan buatan.
  • Hanya satu jawatan pelatih "jurutera prom" yang ditawarkan di JobStreet tempatan, menunjukkan impak perkembangan kecerdasan buatan.

Pelbagai syarikat menawarkan gaji yang tinggi ketika itu, dalam mencari “jurutera prom”, supaya tidak terlepas dengan peralihan ke arena kecerdasan buatan.
Namun, kini, selang lebih dua tahun, kerjaya berkenaan kini dilihat sudah tidak lagi relevan.
Salah satu sebabnya adalah kerana model kecerdasan buatan sendiri yang semakin pintar, dan lebih mudah memahami keperluan pengguna.
Bukan itu sahaja, pelbagai syarikat juga turut menyediakan siri latihan kepada pekerja sedia ada dalam memahami lanjut model kecerdasan buatan yang digunakan oleh sesuatu syarikat.
Malah, ketika awal era kecerdasan buatan sendiri, ramai dalam arena IT sedia menyasarkan yang mana ia adalah seumpama permulaan penggunaan enjin carian, di mana dari hari ke hari sistem akan lebih bijak sendiri, dan memaparkan apa yang dicari pengguna tanpa menggunakan sebarang kata kunci spesifik.
Semakan kami sendiri pada laman JobStreet tempatan mendapati hanya terdapat satu jawatan pelatih yang ditawarkan khusus untuk “jurutera prom”.
Perkembangan ini juga secara tidak langsung memperlihatkan perkembangan kecerdasan buatan bukan sahaja memberikan impak kepada kerjaya lain, tetapi juga kerjaya-kerjaya yang hadir hasil dengan ledakan kecerdasan buatan ini sendiri. -Amanz
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#jurutera prom
#jawatan tidak lagi relevan
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan