awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerusi Pulai, Simpang Jeram milik Amanah, akan diangkat ke Majlis Kerajaan Perpaduan - Anwar

Bernama
Bernama
04/08/2023
08:35 MYT
Kerusi Pulai, Simpang Jeram milik Amanah, akan diangkat ke Majlis Kerajaan Perpaduan - Anwar
Anwar (dua, kanan) melawat reruai selepas Majlis Sidang Kemuncak Tahunan Pengkomersialan Malaysia 2023 di Connexion hari ini. Turut sama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup (kanan). -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram milik parti Amanah namun ia akan diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebelum dibawa ke Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan, kata Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Selalunya kita hormat keputusan lama. Itu kerusi Amanah tetapi ini akan diputuskan oleh Majlis Pakatan Harapan dan kemudian saya angkat ke Majlis Kerajaan Perpaduan," kata Anwar yang juga Perdana Menteri kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY Summit 2023), hari ini.
Semalam, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 Sept ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat atas semangat perkongsian politik dalam Kerajaan Perpaduan.
Dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan ialah 26 Ogos dan pengundian awal pada 5 Sept.
PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Amanah
#DUN Simpang Jeram
#Parlimen Pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan