awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes mahkamah bagi melemahkan PN menjelang PRN - Muhyiddin

Hakim Rahman
Hakim Rahman
11/03/2023
16:18 MYT
Kes mahkamah bagi melemahkan PN menjelang PRN - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, keputusan PRU15 yang lalu telah menunjukkan kebangkitan orang Melayu yang menyokong gabungan itu sehingga hampir menyapu bersih negeri-negeri di utara Semenanjung. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendakwaan terhadapanya dibuat bagi melemahkan gabungan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu telah menunjukkan kebangkitan orang Melayu yang menyokong gabungan itu sehingga hampir menyapu bersih negeri-negeri di utara Semenanjung.
"Ini rekod yang tidak pernah dicipta dalam sejarah politik negara kerana lebih daripada 60 atau 70 peratus orang Melayu bangkit, sedar serta memilih PN sebagai parti yang mereka yakini dan percaya, Alhamdulillah.
"Pasti ini sudah dinilai oleh Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) oleh Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan mereka yang ada dalam kerajaan ketika ini. Ini dianggap sebagai satu ancaman besar kepada mereka sebagai sebuah kerajaan," katanya ketika berucap di Majlis Solitadiri Menentang Kezaliman di Taman Melewar, Gombak pada malam Sabtu.
BACA: Muhyiddin Yassin bukan Najib Razak - Wan Ahmad Fayhsal
BACA: MPT Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Presiden
Pada Jumaat, Muhyiddin dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta.
Beliau didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Pendakwaan bagi melemahkan PN menjelang PRN - Muhyiddin
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Rasuah
#PRU15
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan