awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Menteri setuju kerajaan Sabah dikenali sebagai GRS-BN

Bernama
Bernama
27/03/2022
22:10 MYT
Ketua Menteri setuju kerajaan Sabah dikenali sebagai GRS-BN
Hajiji (kiri) bersama Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menunjukkan logo GRS Sabah selepas mesyuarat pertama gabungan parti itu di Kota Kinabalu, 18 Mac 2022. - Gambar fail BERNAMA
TUARAN: Kerajaan Negeri Sabah kini dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Hajiji berkata beliau bersetuju dengan cadangan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini untuk merujuk kerajaan Sabah sebagai GRS-BN susulan kerjasama kedua-dua gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada September 2020.
"Walaupun BN dalam satu gabungan lain dan tidak dalam GRS, tetapi kerajaan negeri yang ada pada hari ini ialah GRS dan BN juga. Ini sudah dipersetujui, sebelum pilihan raya (negeri) pun kita ada kerjasama dengan BN.
"Apabila kita menang keputusan pilihan raya, kita sama-sama bentuk kerajaan negeri dengan BN. Jadi, cadangan itu memang bagus tetapi kadang-kadang kita panggil GRS, tetapi mulai sekarang, kita panggil (kerajaan) GRS-BN," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri yang ingin kerajaan Sabah dikenali sebagai GRS-BN memandangkan parti itu merupakan sebahagian daripada kerajaan ditubuhkan pada PRN Sabah yang lepas.
Terdahulu, Hajiji mengadakan lawatan kerja ke Tamparuli yang antara lain menyaksikan persembahan kebudayaan dan mural di Jambatan Tamparuli, merasmikan pusat pelancongan dan aktiviti pendakian Bukit Perahu serta majlis pecah tanah Mahkamah Anak Negeri Tamparuli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Hajiji Noor
#GRS-BN
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan