awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya

Sinar Harian
Sinar Harian
05/01/2025
12:59 MYT
Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya
Dr Muhamad Akmal tetap dengan pendiriannya untuk hadir ke Himpunan Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan bagi menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri itu. - Gambar Facebook Dr Muhamad Akmal
SHAH ALAM: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilihat hadir lebih awal berbanding pemimpin parti lain apabila sempat memuat naik gambar sedang berjoging di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya.
Beliau tetap dengan pendiriannya untuk hadir ke Himpunan Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan bagi menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri itu di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman esok.
"Selamat petang Putrajaya," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau tersebut dilaporkan berkata, kehadirannya adalah bersifat individu dan hanya mahu memberikan sokongan moral kepada Najib berhubung isu Titah Adendum.
Namun, pada Jumaat lepas, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, partinya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan himpunan.
Jelasnya lagi, ia sebagai tanda akur kepada saranan titah Yang di-Pertuan Agong supaya menghormati kuasa prerogatif Baginda untuk menggunakan saluran perundangan ditetapkan dengan mengemukakan rayuan dalam perkara dihadapi bekas ahli Parlimen Pekan itu.
Dr Muhamad Akmal berpandangan, sebagai ahli UMNO, beliau menjunjung tinggi titah Baginda dan menghormati keputusan parti untuk tidak menyertai himpunan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya lagi, beliau tetap akan hadir ke himpunan tersebut sepertimana pernah dilakukannya di Mahkamah Jalan Duta pada waktu dahulu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Facebook
#Pemuda UMNO
#Mahkamah Rayuan
#sokongan moral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan