PONTIAN: Usul pindaan Perlembagaan UMNO akan dibentangkan Naib Presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Perhimpunan Agung UMNO Khas, Sabtu depan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata antara perkara yang akan dipinda adalah seperti yang telah diluluskan dalam usul Perhimpunan Agung UMNO pada Mac lepas iaitu menangguhkan pemilihan parti enam bulan selepas pilihan raya umum diadakan.
Ahmad berkata perhimpunan itu akan dihadiri 2,666 perwakilan yang turut akan mengundi pindaan perlembagaan itu.
"Saya sudah memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia tentang apa yang akan kami lakukan itu," kata Ahli Parlimen Pontian itu kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Benut, di sini, hari ini.
Sekiranya pindaan tidak dilaksanakan, UMNO perlu mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini. Pemilihan parti terakhir adalah pada 2018.
Dalam perkembangan lain ketika ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berhubung tindakannya yang mengadakan pertemuan dengan pembangkang di Kelantan baru-baru ini, Ahmad berkata perkara itu belum dibincangkan.
"Jadi, kita tunggulah Mesyuarat Majlis Tertinggi ataupun mesyuarat pengurusan untuk membincangkan apa yang sedang dibuat oleh Tengku Razaleigh," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan Pas masih wujud, Ahmad menyifatkan MN masih belum mati namun tidak subur.
"Setakat ini, masih belum ada sebarang perbincangan, malah mesyuarat baru-baru ini tidak dibangkitkan mengenai perkara itu. Apabila sudah ada keputusan muktamad dibuat nanti, UMNO setiap negeri mestilah patuh terhadap ketetapan itu," katanya.
Semalam, Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata penyatuan ummah menerusi MN disifatkan sebagai formula terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022
Mohamed Khaled akan membuat usul pindaan Perlembagaan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO Khas, Sabtu depan. - Gambar fail
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.
Tiada gerakan jatuhkan Presiden UMNO - Khaled Nordin
UMNO menafikan dakwaan terdapat gerakan didalangi Ketua Bahagian untuk menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Isham dipecat UMNO kerana sudah melampaui batas - Khaled Nordin
Isham Jalil dipecat daripada parti kerana masalah disiplin susulan tindakannya mengkritik parti itu secara suka hati.
Yuran pendaftaran RM1,500: Universiti awam diminta patuh ketetapan
Universiti awam di negara ini diminta mematuhi ketetapan kerajaan untuk mengehadkan yuran pendaftaran masuk ke universiti awam tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024.
Program MyBrain dilaksanakan semula tahun depan - Khaled Nordin
Program biasiswa MyBrain15 akan dilaksanakan semula tahun depan, dikenali sebagai MyBrain 2.0, demikian menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.
Gelaran profesor bukan hanya pengiktirafan, tetapi tanggungjawab besar
Gelaran profesor diberikan kepada golongan cerdik pandai bukan sahaja bertujuan mengiktiraf kepintaran, tetapi ia melambangkan tanggungjawab besar yang ditanggung golongan berkenaan, kata Khaled.
PAU2023: 'UMNO tercedera, kesihatannya merosot' - Khaled
UMNO diibaratkan cedera dan kesihatannya sudah merosot, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
KPT akan perkenal sistem pembelajaran hibrid, anjal
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memperkenalkan sistem pembelajaran hibrid dan anjal kepada pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
KPT pendekkan tempoh pengajian kepada 3 tahun
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memendekkan tempoh pengajian sesetengah program daripada empat tahun kepada tiga tahun.
Cuaca panas: Tiada penangguhan kuliah, aktiviti luar pelajar IPT
Tiada penangguhan sesi kuliah dan aktiviti luar bagi pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) susulan fenomena cuaca panas ketika ini.