awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khutbah Jumaat tidak sepatutnya sentuh politik - Ahmad Marzuk

Bernama
Bernama
02/10/2022
09:01 MYT
Khutbah Jumaat tidak sepatutnya sentuh politik - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk menegaskan isu berkenaan akan diserahkan untuk tindakan kerajaan negeri masing-masing untuk penelitian lebih lanjut. - Gambar fail
KOTA BHARU: Khutbah Jumaat yang menyentuh isu politik terutamanya yang dilihat condong ke arah kepartian tertentu tidak sepatutnya berlaku di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
"Jika isu membabitkan politik yang berat sebelah (bias) kepada kepartian parti tertentu ia tidak sepatutnya berlaku dalam khutbah Jumaat.
"Khutbah Jumaat adalah untuk merungkaikan soalan yang berbangkit dalam masyarakat kita. Tetapi sekiranya digunakan untuk tujuan kempen parti tertentu yang tidak ada maslahat umum kepada masyarakat ia tidak dibenarkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Hari Sayidatina Khadijah Peringkat Parlimen Pengkalan Chepa di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai warga maya yang mempersoalkan ada masjid yang didakwa memasukkan isu politik di dalam khutbah Jumaat.
Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk menegaskan perkara itu akan diserahkan untuk tindakan kerajaan negeri masing-masing untuk penelitian lebih lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#khutbah Jumaat
#isu politik
#berat sebelah
#Ahmad Marzuk Shaary
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan