awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit Siang digantung di Parlimen hari ini?

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
22/10/2015
01:14 MYT
Kit Siang digantung di Parlimen hari ini?
Azalina menjelaskan bahawa Kit Siang sepatutnya memberi keputusan sama ada beliau ingin memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Pandikar. - Gambar Fail
Setelah terlepas dari penggantungan pada sidang Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dijangka berdepan tindakan itu sekali lagi dalam sidang pagi ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman sekali lagi menghantar notis pemberitahuan usul selepas menariknya ekoran arahan dari Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Arahan berkenaan diberi susulan bantahan dari Ahli Dewan Rakyat Pakatan Harapan.
Dalam satu kenyataan, Azalina menjelaskan bahawa Kit Siang sepatutnya memberi keputusan sama ada beliau ingin memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Pandikar pada 19 Oktober selepas perbahasan usul mengenai jerebu di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1).
Namun, oleh kerana beliau (Kit Siang) tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, pemberitahu usul baru sudah diedarkan kepada Ahli Dewan Rakyat sebelum berakhirnya sidang pada 21 Oktober," kata Azalina dalam kenyataan itu.
Sebelum berakhir sidang semalam, Kit Siang meninggalkan perkarangan Parlimen sebelum jam 6 petang.
Pandikar telah meminta Kit Siang untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf tanpa syarat selepas Kit Siang menyatakan Pandikar telah menyalahgunakan kuasanya dan mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Lim Kit Siang
#Pandikar Amin Mulia
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan