Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan debatnya dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dicadangkan diadakan lepas Aidilfitri ini.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, ada kemungkinan perdebatan itu akan dimanipulasi menjadi konflik perkauman.
"Memandangkan besar kemungkinan debat “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” di antara Najib dan saya ini boleh dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina.
"Sedangkan perang melawan rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan jenayah seperti pengubahan wang haram bukanlah satu isu perkauman atau keagamaan tetapi satu isu nilai murni dan pentadbiran yang baik, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan debat dengan Najib ini," katanya dalam kenyataan tersebut.
Kit Siang berkata, beliau sedar keputusan yang dibuatnya itu bakal disambut dengan pelbagai tuduhan namun beliau sedia menerimanya.
BACA: Najib, Kit Siang sedia berentap isu kleptokrasi
"Kerjaya politik saya selama 53 tahun adalah terbuka untuk semua rakyat menghakimi sama ada saya seorang penakut ataupun tidak dan saya sentiasa bersedia untuk menerima penghakiman daripada rakyat.
Tambahnya, keputusan itu juga dibuat selepas menerima nasihat serta pandangan dari pelbagai pihak emel, WhatsApp dan telefon, termasuk daripada rakyat Malaysia yang menetap di luar negara, menggesanya untuk tidak berdebat dengan Najib.
Antara pandangan yang diutarakan termasuk, "Najib akan gunakan majlis debat dengan Kit Siang itu untuk membangkitkan sentimen perkauman habis-habisan" dan “Tolong jangan jalankan debat ini. Ia hanya akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan."
"Apabila Najib mencabar saya untuk berdebat dengannya pada hari Selasa yang lepas, perkara pertama yang terlintas pada fikiran saya adalah; patutkah seseorang itu berdebat dengan seorang kleptokrat yang mempunyai penyakit suka menipu ataupun memang kaki penipu," kata Kit Siang lagi.
Najib, pada Selasa lalu menerusi wawancara oleh Free Malaysia Today, telah mencabar Kit Siang untuk berdebat secara langsung.
Dalam satu catatan di Facebook, bekas Presiden UMNO itu berkata, beliau tiada masalah berdebat dengan tajuk pilihan Kit Siang - “How Malaysia became a global kleptocracy, and how we can become a leading nation of integrity”.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Pekan itu menyarankan agar topik-topik lain juga bebas dibincangkan sewaktu debat itu berlangsung.
Beliau juga mencadangkan debat tersebut diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri akan datang dan seharusnya disiarkan secara langsung supaya dapat ditonton oleh rakyat.
Ini bukan kali pertama cabaran berdebat membabitkan kedua-dua seteru politik itu kerana cabaran itu sudah bermula pada Julai tahun lalu apabila Kit Siang mencabar Najib menyertai debat umum bertajuk Islam Bukan Keptokrasi.
Astro Awani
Thu May 23 2019
Kit Siang berkata, beliau sedar keputusan yang dibuatnya itu bakal disambut dengan pelbagai tuduhan namun beliau sedia menerimanya. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Lim Kit Siang positif COVID-19
Veteran DAP itu menjalani ujian RTK-Antigen di Parlimen hari ini sebelum melakukan ujian RT-PCR dan disahkan positif COVID-19.
Lim Kit Siang sekali lagi umum tanding pemilihan DAP
Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan sekali lagi akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan Jun tahun ini.
Kit Siang gesa hayati ucapan Sultan Nazrin untuk pupuk toleransi, harmoni
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang hari ini menggesa seluruh rakyat Malaysia agar menghayati keyakinan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah terhadap kepelbagaian kebudayaan dalam kukuh dalam Mala
Kit Siang tarik diri debat dengan Najib
Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan debatnya dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hanif Omar tak nyanyuk
Meskipun digelar nyanyuk, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dilihat seakan tidak terkesan atau marah dengan kenyataan dibuat veteran DAP, Lim Kit Siang.