Skip to main content

Politik

'Kita bersemuka isu Bersatu malam esok' - PN

Annuar berkata, notis kehadiran mesyuarat telah dikeluarkan kepada semua parti anggota dan wakil masing-masing. - Gambar fail
Annuar berkata, notis kehadiran mesyuarat telah dikeluarkan kepada semua parti anggota dan wakil masing-masing. - Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Isu membabitkan Bersatu menjadi agenda utama Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada malam Ahad.
  • Notis kehadiran mesyuarat telah dikeluarkan kepada semua parti anggota dan wakil masing-masing oleh PN.
  • Mesyuarat turut akan membincangkan keputusan semakan kehakiman dan Pilihan Raya Negeri Melaka.

SHAH ALAM: Isu membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi agenda utama pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada malam Ahad.

Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, notis kehadiran mesyuarat telah dikeluarkan kepada semua parti anggota dan wakil masing-masing.

"Elok kita bersemuka dalam mesyuarat. Elok kita bincang tanggungjawab parti anggota.

"Elok kita buat pendirian apa konsensus kita sebenarnya. Elok kita berdepan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan PN berhasrat menjemput Bersatu menghadiri mesyuarat gabungan itu dalam masa terdekat.

Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi Putrajaya membenarkan permohonan PN untuk menangguhkan pelaksanaan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sementara menunggu penyelesaian permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan berkenaan.

Menurut Annuar, keputusan juga akan dibuat terhadap semakan kehakiman dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada mesyuarat tersebut.

"Isu semakan kehakiman dan isu pilihan raya negeri Melaka sudah tentu dibincang dan kita buat keputusan. -- Sinar Harian
 

Must Watch Video

Advertisement