awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kita kesian kepada PN' - Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/07/2023
15:44 MYT
'Kita kesian kepada PN' - Anwar
Menurut Anwar, hanya dua pemimpin dalam negara yang pernah melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat dan parti kafir. - Gambar fail
PORT DICKSON: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar secara berseloroh menyatakan beliau kasihan dengan Perikatan Nasional (PN) terutamanya Pas.
Menurutnya, hanya dua pemimpin dalam negara yang pernah melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat dan parti kafir.
Dua individu itu ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun, kini, kedua-dua pemimpin itulah disanjung Pas.
"Saya belum pernah dengar pemimpin UMNO kata Pas itu Parti Ajaran Sesat. Siapa yang sebut? Muhyiddin.
"Satu-satunya pemimpin negara yang kata Pas parti kafir… Dr Mahathir.
"Itu yang mereka usung sekarang. Kesian… Kita patut kesian kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di Port Dickson pada Khamis.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain.
Tambah beliau, apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sakit dan ada yang mendoakan beliau meninggal dunia, pantas individu itu diarahkan meminta maaf.
"Itu cara, nilai akhlak Malaysia Madani tapi mereka hari-hari maki hamun.
"Ada ustaz, Tok Guru di depan, mereka masih senyum. Apa jenis agama diajar?
"Kita dalam agama mesti muliakan orang. Berbeza warna kulit, budaya bukan untuk menghina tapi untuk kita hargai satu sama lain," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perikatan Nasional
#PAS
#parti kafir
#Muhyiddin Yassin
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan