awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJ jawab komen Tun Mahathir: "Saya sayang orang tua"

Hilal Azmi
Hilal Azmi
13/07/2017
05:23 MYT
KJ jawab komen Tun Mahathir: "Saya sayang orang tua"
KHAIRY: "Saya sayang orang tua, sebab tu saya minta dia bersara." - Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan saranannya untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari politik sebagai satu tindakan kasih sayang.
Ketika ditanya Astro AWANI, sambil ketawa besar Khairy menolak dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa beliau takut orang tua dalam berpolitik.
"Saya sayang orang tua, sebab tu saya minta dia bersara," jawabnya ringkas dalam sidang media selepas melancarkan Aset Digital KL2017 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di sini hari ini.
BACA: Khairy minta tiga tokoh tinggalkan pentas politik, pecah belahkan rakyat
Sebelum ini, Tun Mahathir dilaporkan melahirkan merasa hairan mengapa Ketua Pemuda Umno itu "takut dengan orang tua".
Ia susulan Khairy menamakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, bersama pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai tiga ahli politik yang seharusnya bersara.
Khairy berkata Dr Mahathir dan Anwar, kedua-duanya bekas pemimpin UMNO, dilihat banyak memecahbelahkan masyarakat Melayu untuk kepentingan diri masing- masing.
Katanya Kit Siang pula bertindak menanam pemikiran sempit dalam kalangan masyarakat Melayu yang boleh membawa kepada perpecahan antara Melayu dan Cina.
Tun @chedetofficial : Kalau takut org tua, jgn main politik! YB @Khairykj : Saya sayang ORANG TUA....@501Awani pic.twitter.com/aAuzW8KdF4
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) July 13, 2017
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#bersara
#Khairy Jamaluddin
#Lim Kit Siang
#Mahathir Mohamad
#Pemuda UMNO
#Perdana Menteri
#PKR
#politik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan